Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Friday, December 10, 2010

Dato' Hanifah (Panglima) jadi Tokey balak selepas bersara??

Bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) yang baru bersara beberapa bulan lalu, iaitu Dato' Hanifah atau terkenal dgn jolokan Panglima, memang dimaklumi ramai sebagai seorang yang 'gedebe' di kalangan KCS dan tindak tanduk beliau seumpama " beraja dimata bersultan dihati ".



Nama beliau tidak dapat dipisahkan dgn beberapa nama lagi antaranya,  Amar (Pentadbiran), Arop (Kewangan) dan Pak Ya Baling (United 8), beliau juga mempunyai kaitan rapat dgn perkataan 'Indon'. Medan merupakan destinasi pelancongan yang paling beliau(s) gemari dan bagai rumah kedua beliau..


Desas-desus yang didengari menyatakan, sebagai menghargai jasa-jasa beliau kepada Negeri Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan telah bermurah hati untuk menganugerahkan beberapa kompatmen 'Balak' sempena persaraan beliau pada kadar RM7ribu - RM8ribu sehektar berbanding kadar harga tender RM16ribu - 17ribu sehektar.


 Antara yang diperkatakan, selain beliau, turut menerima anugerah ialah bekas Ketua Polis Negeri Kedah. Secara keseluruhan sebanyak 35 kompatmen balak telah dianugerahkan oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan b. Abdul Razak pada kadar harga RM7ribu - RM8ribu sehektar kepada beberapa individu dalam 6 bulan kebelakangan ini.

"Lu orang pikir la sendiri.."


"Renung-renungkan dan selamat beramal."

Tuesday, November 30, 2010

Krisis dalaman KCS

Berikut adalah sms yang berlegar inbox kakitangan kerajaan dan orang2 politik di Kedah. Tuan empunya SMS ini ialah Dato' Fuad Md Ali. SFO Kedah. Tersesat ke inbox Billy la plak..walau tak tau apa tujuan nya sampai boleh tersesat mai, tapi Billy rasa ada baik juga kalau diketahui oleh semua rakyat Kedah yang perihatin.

Asmkm AJK Pers PTN Kedah, Senior KCS dan mreka yg berkenaan.Memndgkn terdpt usaha bertrusn utk mengaibkan saya dan isteri, saya dgn ini mmbri aku janji tdk akn sekali2 melobi atau berusaha utk menjadi YB SS.Saya berstju persatuan memilih dan memprakukn utk menymbung atau melantik SS baru yg berkelayakan.Cuma saya minta diberi pluang utk terus brkhdmat sebgi SFO hingga umur bersara.Semoga akujanji ini meredakan konflik semasa dan kita boleh meneruskan bidangtugas masing2 demi kemjuan Kedah.Amin yaRobilalamin.


Seperti kandungan asal sms tersebut tanpa di edit walau satu huruf pun hatta titik dan spacing pun tidak dubahsuai.

Billy akan mengulas dan menghuraikan krisis ini dalam posting yang seterusnya sekiranya diberi keizinan oleh Allah s.w.t. InshAllah.

Tuesday, November 23, 2010

Jubli Perak Memperingati Syuhada Memali.

Tahniah...Pemuda..!!

Semoga tiap lembaran jurus atau derap tindakan waima sezarah sumbangan, hatta sepekik sokongan yang termampu di-ikhlaskan demi menjayakan  Jubli Perak (25thn) Majlis Memperingati Syuhada Memali bakal dikurniakan hidayah dan rahmat Allah swt serta beroleh ganjaran barokah yang berbilang ganda.   

Detik bersejarah yang menzahirkan teguhnya iktikad kebenaran yang hakiki. Tegas dan berani, tiada ragu maupun gusar demi iltizam menentang kezaliman sang penguasa yang ditunggangi nafsu;  istilah tunduk, patuh atau akur ternoktah sudah tatkala keangkuhan merajai kuasa yang diamanahkan.


Pemuda;

Beristiqamahlah, usah berpaling dari jalan kebenaran serta  hindarilah panahan fitnah zaman dan beroleh pertolongan serta dipermudahkan lontar langkah untuk merentasi denai mehnah dan ranjau tribulasi yang menghampari manhaj perjuangan.Perteguhkan ukhwah, selaraskan niat pada titian keimanan serta rangkuman taqwa, tetap yakini hasrat dan ikhlaskan hajat hanya sanya demi mencapai redho Ilahi.

'Ish 'Azizan Auw Mut Syahidan...( "...dari hidup bercerminkan bangkai..." - As-Syahid Ibrahim Libya) Allahuakbar!!!.

"Pemuda hari ini, cerminan masa depan."

Tidak bermulanya suatu ketamadunan tanpa susuk- teroka PEMUDA yang bingkas mengasak kejahilan, tegap menentang kezaliman serta gagah meruntuhkan kebatilan.

'MEMALI', mengertilah..! ianya suatu pengabdian bermeteri, bukan sekadar kerangka berkanvas yang dihiasi rona-rona retorika seindah pelangi, selayaknya hanya terpaku pada dinding batu yang kaku dan bisu. Malang sekali, sekira ianya bagai suatu ritual yang dilazimi secara tahunan untuk mencuci daki dosa dan memulihkan semangat yang hilang persis dipinggiran Gangga.  



Pulang lah wahai PEMUDA, usah lesu dan leka, lazimi tuntutan yang tersedia...

Pemuda sewajarnya tegap bersusuk dan berjiwa segar. Peka dan kritis mendepani massa. Pantang berliuk lentuk dan beralah embun. Parah jika berantai kaki dan berterompah kayu. Punahlah Ummah dan tergadailah Nusa.

Wednesday, November 3, 2010

YAB Dato' Sri Ustaz Haji Azizan bin Abd. Razak.

Kepimpinan Ustaz azizan dan pendekatan yang diambil, secara teori dilihat sangat baik akan tetapi pratikalnya dilihat pincang dari sudut 'political mileage' kepada PAS/PR. Sikap beliau yang tidak konsisten telah mempengaruhi agen2 pelaksana sehingga mengundang kekalutan yang memeritkan.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 29).

Sifat angkuh, bengis, ego dan serba tahu telah merosakkan karisma yang beliau miliki.Susuk ketrampilan beliau sememangnya dicemburui lawan tetapi dibenci kawan kerana pakaian dan selendang yang dipakai milik Allah swt yang diharamkan keatas hamba2 nya.

Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kesombongan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah selendangKu.
Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu daripada keduanya, nescaya Aku lemparkan dia ke dalam neraka".

Jika beliau mampu merubah dan menanggalkan sifat2 mazmumah yang mendaki ditubuh, beliau bakal muncul sebagai seorang pemimpin yang disegani lawan dan kawan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

Beliau harus lebih kritis dan positif dalam memilih kawan dan lawan. Pembantu dan penyokong beliau harus beliau pelbagaikan jangan hanya yang melunakkan sahaja yg menjadi pilihan. Kencing manis kira ok lagi la...kalau kencing kawan..anjing lebih mulia.

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

Tuesday, November 2, 2010

PAS, UMNO dan Azizan.


Dato’ Sri Ustad Azizan adalah kebanggaan rakyat Kedah dan susuk tubuh yang tidak kurang popular di kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menerajui negeri2 di Malaysia kini.

Penampilan beliau sebagai Menteri Besar yang pertama dari PAS di Kedah, disegani ramai kerana pendekatan lunak yang di-inspirasikan dari peristiwa ‘Fathul Makkah’ oleh junjungan besar Rasulullah saw.

Berbekalkan latar belakang pendidikan dengan gabungan daripada dua cabang Ilmu, membuat beliau dikagumi terutamanya ahli dan penyokong PAS / PR. Bagi UMNO /BN Kedah khasnya, beliau bagaikan ‘ubat pelali’ yang telah melonglaikan seluruh sendi dan anggota tubuh UMNO/ BN yang sememangnya sudah sedia lemah dan lesu.

Sokongan kepada kepimpinan beliau semakin diyakini dari hari ke sehari, benar – benar merimaskan musuh politiknya tetapi kepada rakyat negeri Kedah, beliau memberi sinar harapan baru melalui gagasan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.

Ironinya, setelah 2 tahun 8 bulan beliau memikul amanah untuk memimpin Kerajaan Negeri Kedah yang lebih setengah kurun di terajui oleh UMNO / BN dengan ideologi sekular, kehadiran beliau dari PAS yang berteraskan dasar Islam membuat rakyat berdebar menanti untuk melihat dan merasai perubahan yang Islamik dalam kepimpinan beliau, telah benar-benar mengecewakan rakyat apabila tiada proses Islamisasi yang diperkenalkan. Bagi pencinta Islam, khasnya ahli dan penyokong PAS bagaikan ‘pungguk merindukan bulan purnama’.

Berbagai alasan diberikan untuk tidak melaksanakan Islamisasi secara jelas dalam pemerintahan beliau, usahkan dari sudut syariat malah secara syiar pun tidak terlihat dimata jauh sekali untuk dinikmati kesejahteraannya.

Bagi ahli dan penyokong PAS, tahap kesabaran sudah mencecah siling. Tidak mampu lagi untuk terus berendam duka dan berdendang kecewa, ditambah rasa terhina apabila disindir lawan dan rakan berkecuali, jantung bagaikan direntap – rentap rasanya.

Berbagai keluhan didengari, “kalu macam ni biar tak menang pun tak pa..” ,

lagi berani “kami lebih rela dikalahkan dalam PRU13 daripada menang tak dak beza dengan masa UMNO/BN dulu..”,

kedengaran juga..” kalu Ustaz Azizan tak mahu buat Islam, kita suruh dia letak jawatan bagi orang lain pula jadi MB, kalu dia tak mau turun..kita rentap bagi turun..”

dan “.. kita dok lawan nak menang pilihanraya bukan kerana nak buat baik dgn puak sekular tu..kita nak laksanakan Islam..dia pi dok buat baik dengan depa nu..siap turut depa lagi tu..kalu macam ni punya gaya..aku tak kelapaq buat kheja aiih..PRU13 ni…biaq kalah pi..buleh kat depa balik pun tak pa..daripada kita jadi macam depa..”

Kita tunggu apakah kata2 dan keluhan ahli dan penyokong PAS akan dizahirkan dengan pelakuan dan tindakan…kita tunggu…tungguuuu…!!!

Berkunjung Ke Rumah Wanita Pertama


 

Bukan, bukan wanita pertama yang saudara sangkakan. Yang saya maksudkan ialah rumah wanita pertama republik Islam Iran.


Ini adalah kediaman Presiden Iran di Narmak, Timur Tehran.




Keluarga Ahmadinejad terdiri dari dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beginilah ruang tamu rumah seorang wanita pertama. 'Puan Ahmadinejad adalah seorang guru dan masih mengajar saat ini.

"Ahmadinejad disegani kawan dan digeruni lawan bukan kerana beliau seorang 'Pemimpin', tetapi kerana beliau  melaksanakan 'Amanah Kepimpinan' dengan mengimani suruhan dan perintah Allah SWT." BILLYtheKID

Monday, November 1, 2010

PAS dan MB Kedah.



Ada asas kepada telahan Nobisha bahawa YAB MB akan dijatuhkan oleh orang2 PAS sendiri bukan UMNO kerana ketrampilan yang lebih menyerupai UMNO dalam tindak-tanduk beliau memimpin kerajaan negeri. Pendekatan lunak beliau hanya indah seawal setahun enam bulan pertama menjawat jawatan sebagai MB.

Keangkuhan dan kebengisan beliau serta keengganan untuk berbincang apatah memberi penjelasan dengan cara yang berhemah kepada ahli/penyokong serta kepimpinan yang lain amat dibenci.

Beliau lebih gemar mendengar pandangan dan saranan oleh rakan2 beliau dari kalangan pesara-pesara KCS atau pentadbir awam serta kenalan2 sepengajian diMaktab Mahmud yang merupakan ahli/penyokong UMNO/BN malah juga daripada bekas pemimpin UMNO diperingkat negeri dan nasional.


Sikap beliau yang pesimis serta menidakkan kemampuan dan kebolehan serta kelayakan ahli2 dan kepimpinan PAS/PR merupakan 'time bomb' kepada kepimpinan beliau. Dengan mengutamakan KCS dan pegawai2 tadbir awam yang sebahagian besarnya dulu memusuhi PAS/PR malah melakukan sabotaj dan menghendik ahli/penyokong atau pimpinan PAS/PR yang menyalurkan maklumat umpama tindakan memapatkan 'belerang'.


Keegoaan beliau dan sikap diktator yang diamalkan membuat beliau enak dan leka dibuai pujian dan sanjungan. Sesiapa saja yang cuba menasihati dan berbeza pandangan akan disergah dan dimalukan. Sebarang teguran apatah lagi sanggahan terhadap keputusan dan tindakan beliau akan dimusuhi dengan serangan yang bertali arus sehingga tunduk dan patuh.Natijahnya, Exco, pegawai2 dan pembantu beliau hanya akan menyampaikan perkara yang menyenangkan sahaja dan berdiam diri biarpun keputusan atau tindakannya kurang tepat dan tersasar.


Konsep parti menguasai kerajaan tidak diamalkan dalam kepimpinan beliau amat merimaskan kepimpinan dan ahli PAS/PR. Ketidakpuasan hati yang membara telah bertukar menjadi nyalaan api kemarahan, walau pun mampu dibendung diperingkat awalnya oleh akhlak dan walak kepada kepimpinan dan parti telah semakin terhakis. Api kemarahan semakin marak dan menjulang, kini menjadi 'igauan ngeri' dalam lena indahnya malah akan meranapkan 'katil emas bertilam sutera' yang menyenyakkan tidurnya  sebelum sempat fajar menyinsing.

Agak terlewat untuk beliau melakukan sesuatu bagi merubah keadaan, sifat pejuangan tidak berlari-lari, melangkah dan terus melangkah namun mengundur tidak sekali-kali. Jika pun berpeluang, terlalu berat dan sukar beliau rungkaikan, memandangkan kekusutan tindakan2 beliau sudah bersulam punca

Sunday, October 31, 2010

Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kesombongan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah selendangKu.
Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu daripada keduanya, nescaya Aku lemparkan dia ke dalam neraka".


Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda.
"Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah daripada kesombongan" .
 

Friday, October 29, 2010

AMALAN RIBA DALAM BAYARAN PINJAMAN PENGAJIAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH

Kamsani Al Zamakhsyari Assalamualaikum, saya merupakan peminjam pinjaman pengajian Yaysan Islam Negeri Kedah (YINK) sejak tahun 1999. Saya juga membayar pinjaman berkenaan kepada YINK setiap bulan dengan potongan RM245 sebagaimana dalam perjanjian. Namun begitu bayaran caj perkhidmatan yang dikenakan semakin ber' BUNGA' atau dengan kata lain terdapat unsur 'RIBA'.

Walaupun segala jumlah pembayaran telah ditentukan melalui perjanjian mahkamah, saya selaku rakyat Kedah injgin memhon kepada YB MB Kedah Ustaz Azizan agar memberikan perhatian yang serius dalam perkara ini dengan permohonan i agar dimansuhkan caj perkhidmatan yang berbentuk "BUNGA' kepada caj perkhidmatan yang dibenarkan menurut kehendak kaedah syariah islam.

Saya berharap agar YB MB Kedah dapat bertindak sesuatu dalam hal ini bagi mengelakkan sebarang dosa yang jelas kelihatan berlaku di sekeliling kita dan mudah-mudahan Allah akan memberkati kerajaan PR yang sedia ada dalam mentadbir negeri ini secara berkebajikan. Wassalam

Wednesday, October 27, 2010

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Akan datang di
kemudian
hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta
dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka
dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan
... termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat
sampai datang ke telaga (yang ada di syurga) ".
 ( Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim. )

Fuhh..! Caya..la..!!! Pendapatan meningkat 205% vs 204 biji kereta hilang.




Auditor-general Tan Sri Ambrin Buang questioned the efficiency of the Kedah State Secretariat Office’s (SUK) vehicle maintenance plan after three of its cars had their tyres changed twice within four and nine months. The state government said it was due to heavy usage.

Based on the Road Transport Department’s record, Ambrin also listed 204 vehicles registered under the Kedah SUK that had gone missing from the state’s Vehicle Central Record.

“An investigation must be carried out to determine the status of these vehicles, whether they still exist and are being used or have been disposed off,” he said.
The Audit Department also discovered an imprudent payment system for vehicle maintenance and fuel where payments for these were made twice within a month which took place in April and November last year.

This resulted in the auditor-general urging the Kedah SUK to reclaim the redundant payment and take disciplenary action against the officers involved.(NST -26/10/2010)

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya…bewak berlambak – lambak..“.

 HIMPUNAN MADAH-MADAH PENGUASA.

“Exco2 aku semua bodo..!”

“ budak2 tu mai nak ajaq aku..depa tau apa?”

”KCS semua dok belakang aku..hangpa nampak!”

” Tak kan la dia nak tipu abang sepupu dia..!”

”Aku pensyarah!, aku tau semua..hangpa mengaji dimana..?

” Aku Menteri Besar hang tau dak?”

“Aku bukan ulamak…ni Kedah bukan seropa dengan Kelantan..!”
 
”depa Pusat tau apa?..berapa negeri dah depa perintah..?”

“sapa tak ikut aku...orang lain jadi calon lepaih ni..”

” hang tengok ni..Sultanah hadiah kat aku..hang tau berapa rhega dia?’
...bersambung..! ( sapa-sapa yang ingin berkongsi koleksi silakan..! )..mmuaah..!

BILLYtheKID (helangkedah.blogspot.com)

Saturday, October 16, 2010

Herd of mountain goats casually climb near-vertical 160ft dam

At first look you could be forgiven for thinking this photo of the Cingino dam in the Italian Alps is unremarkable, but for the feat of civil engineering it represents.
Alpine horns: At first sight the specks on this dam appear appear to be rocks, but on closer inspection .....
Don't look down: The goats have no fear of fallingHowever, look a bit closer and you might feel like a bit of a silly billy for not realising those specks on its sheer 160ft face are something altogether more amazing.

These incredible pictures show Alpine Ibex goats wandering across the face of the near-vertical dam in Northern Italy without a care in the world.

The gravity-defying goats typically live in very steep and rocky terrain at altitudes of up to to 4,600m and have no fear of falling whether climbing up or down the 160ft dam wall. 
Gravity-defying: The goats clearly have a head for heights as they hoof it across the near-vertical wall of the dam
And they aren't doing it just to show off. 

It is thought the goats are actually grazing, licking the stones for their salts.


Don't look down: The goats have no fear of falling

The photos have captured the imagination of bloggers across the internet including Jolle Jolles, a 25-year-old zoologist working at Cambridge University. 

'I have a great fascination for goats,' he said. 

'I think they are one if not the most fascinating animals on our planet.

Probably most of you might at first not agree, thinking of your favourite animal (as) the panda, lion or dolphin. 

'But goats have more to offer than their great grazing abilities.' 

The Alpine Ibex is a species of wild goat that lives in the mountains of the European Alps and seek refuge at high altitudes to protect themselves from predators.

Friday, October 15, 2010

Harakah Islamiyyah & Peranan Ulil Albab .

INTRO

Kertas kerja ini dikemukakan dalam bentuk objektif dan rangka aktiviti yang mesti direalisasikan dalam hidup seorang muslim yang memiliki ‘ knowledge ’ dan potensi intelektual .Kertas ini jua berfungsi memecah kebuntuan dan melerai kekusutan yang dihadapi oleh sebahagian mahasiswa dan graduan muslim dewasa ini .

Sementara perbincangannya pula dalam bentuk fikratul amal yang turut dikombinasikan bersama realiti ummah kini dengan pengalaman sejarah silam yang nyata telah menyaksikan kejayaan demi kejayaan dicipta dan dibuktikan .

POSISI ULIL ALBAB ( INTELEKTUAL ).

Ulil Albab telah mendapat Tauliah Agong daripada Allah untuk beraksi :

Majlis Raja-Raja Mengalu-Alukan Keberangkatan Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula Rabu mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar negeri itu menuju kejayaan, dan bagindasentiasa dikasihi rakyat.



"Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Khamis.

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang sedang gering sejak lebih dari setahun.

Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidin, Khamis berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berakhir di sini. Seri Paduka diiiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Terengganu, oleh Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat, antara lain, membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, agama Islam, pelantikan-pelantikan dan Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri serta Biasiswa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA