"Kalau begitu ayah cadangkan kepada mu satu cara." kata ayahnya.
"Apakah caranya ayah?"
"Kamu ikut saja lampu kereta yang ada dihadapan."
"Baiklah ayah."
Sebaik memandu keretanya keluar dari rumah, pemuda itu menunggu saja kereta lalu. Kemudian dia mengekori belakang sebuah kereta yang menuju kearah bandar, berpandukan lampu belakang kereta itu.
"Mudah sangat." bisiknya.
Apabila kereta tersebut membelok ke kanan, dia ikut belok ke kanan.Apabila membelok ke kiri, dia juga ikut belok ke kiri. Apabila berhenti, dia juga berhenti. Seratus peratus ikut lampu kereta di hadapan.
Hujan masih lebat dan cuaca masih gelap, namun dia yakin akan sampai kebandar jika terus mengikut kereta itu. Tidak lama kemudian kereta di hadapan bergerak perlahan dan akhirnya berhenti.Dia menunggu,tetap kereta itu tidak bergerak-gerak lagi dan kemudian lampu belakangnya dipadamkan.
" Mengapa kamu berhenti? Kita belum lagi sampai ke bandar." katanya setelah keluar dari kereta kepada pemandu kereta dihadapan.
"La, ini rumah saya! kenapa saudara megikut saya sampai kepintu pagar rumah saya ini?"
Pemuda itu menepuk dahinya. Itulah akibatnya mengekori secara membuta tuli.
PENGAJARAN:
Kita hanya boleh memimpin orang yang celik.Jika kita ingin mengikut sesuatu fahaman, kumpulan atau apa-apa sahaja dalam hidup ini, kita mestilah megikutnya dengan ilmu dan penuh kesedaran. Jangan taklid buta.
No comments:
Post a Comment