Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Monday, November 1, 2010

PAS dan MB Kedah.



Ada asas kepada telahan Nobisha bahawa YAB MB akan dijatuhkan oleh orang2 PAS sendiri bukan UMNO kerana ketrampilan yang lebih menyerupai UMNO dalam tindak-tanduk beliau memimpin kerajaan negeri. Pendekatan lunak beliau hanya indah seawal setahun enam bulan pertama menjawat jawatan sebagai MB.

Keangkuhan dan kebengisan beliau serta keengganan untuk berbincang apatah memberi penjelasan dengan cara yang berhemah kepada ahli/penyokong serta kepimpinan yang lain amat dibenci.

Beliau lebih gemar mendengar pandangan dan saranan oleh rakan2 beliau dari kalangan pesara-pesara KCS atau pentadbir awam serta kenalan2 sepengajian diMaktab Mahmud yang merupakan ahli/penyokong UMNO/BN malah juga daripada bekas pemimpin UMNO diperingkat negeri dan nasional.


Sikap beliau yang pesimis serta menidakkan kemampuan dan kebolehan serta kelayakan ahli2 dan kepimpinan PAS/PR merupakan 'time bomb' kepada kepimpinan beliau. Dengan mengutamakan KCS dan pegawai2 tadbir awam yang sebahagian besarnya dulu memusuhi PAS/PR malah melakukan sabotaj dan menghendik ahli/penyokong atau pimpinan PAS/PR yang menyalurkan maklumat umpama tindakan memapatkan 'belerang'.


Keegoaan beliau dan sikap diktator yang diamalkan membuat beliau enak dan leka dibuai pujian dan sanjungan. Sesiapa saja yang cuba menasihati dan berbeza pandangan akan disergah dan dimalukan. Sebarang teguran apatah lagi sanggahan terhadap keputusan dan tindakan beliau akan dimusuhi dengan serangan yang bertali arus sehingga tunduk dan patuh.Natijahnya, Exco, pegawai2 dan pembantu beliau hanya akan menyampaikan perkara yang menyenangkan sahaja dan berdiam diri biarpun keputusan atau tindakannya kurang tepat dan tersasar.


Konsep parti menguasai kerajaan tidak diamalkan dalam kepimpinan beliau amat merimaskan kepimpinan dan ahli PAS/PR. Ketidakpuasan hati yang membara telah bertukar menjadi nyalaan api kemarahan, walau pun mampu dibendung diperingkat awalnya oleh akhlak dan walak kepada kepimpinan dan parti telah semakin terhakis. Api kemarahan semakin marak dan menjulang, kini menjadi 'igauan ngeri' dalam lena indahnya malah akan meranapkan 'katil emas bertilam sutera' yang menyenyakkan tidurnya  sebelum sempat fajar menyinsing.

Agak terlewat untuk beliau melakukan sesuatu bagi merubah keadaan, sifat pejuangan tidak berlari-lari, melangkah dan terus melangkah namun mengundur tidak sekali-kali. Jika pun berpeluang, terlalu berat dan sukar beliau rungkaikan, memandangkan kekusutan tindakan2 beliau sudah bersulam punca

No comments: