Dato’ Sri Ustad Azizan adalah kebanggaan rakyat Kedah dan susuk tubuh yang tidak kurang popular di kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menerajui negeri2 di Malaysia kini.
Penampilan beliau sebagai Menteri Besar yang pertama dari PAS di Kedah, disegani ramai kerana pendekatan lunak yang di-inspirasikan dari peristiwa ‘Fathul Makkah’ oleh junjungan besar Rasulullah saw.
Berbekalkan latar belakang pendidikan dengan gabungan daripada dua cabang Ilmu, membuat beliau dikagumi terutamanya ahli dan penyokong PAS / PR. Bagi UMNO /BN Kedah khasnya, beliau bagaikan ‘ubat pelali’ yang telah melonglaikan seluruh sendi dan anggota tubuh UMNO/ BN yang sememangnya sudah sedia lemah dan lesu.
Sokongan kepada kepimpinan beliau semakin diyakini dari hari ke sehari, benar – benar merimaskan musuh politiknya tetapi kepada rakyat negeri Kedah, beliau memberi sinar harapan baru melalui gagasan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.
Ironinya, setelah 2 tahun 8 bulan beliau memikul amanah untuk memimpin Kerajaan Negeri Kedah yang lebih setengah kurun di terajui oleh UMNO / BN dengan ideologi sekular, kehadiran beliau dari PAS yang berteraskan dasar Islam membuat rakyat berdebar menanti untuk melihat dan merasai perubahan yang Islamik dalam kepimpinan beliau, telah benar-benar mengecewakan rakyat apabila tiada proses Islamisasi yang diperkenalkan. Bagi pencinta Islam, khasnya ahli dan penyokong PAS bagaikan ‘pungguk merindukan bulan purnama’.
Berbagai alasan diberikan untuk tidak melaksanakan Islamisasi secara jelas dalam pemerintahan beliau, usahkan dari sudut syariat malah secara syiar pun tidak terlihat dimata jauh sekali untuk dinikmati kesejahteraannya.
Bagi ahli dan penyokong PAS, tahap kesabaran sudah mencecah siling. Tidak mampu lagi untuk terus berendam duka dan berdendang kecewa, ditambah rasa terhina apabila disindir lawan dan rakan berkecuali, jantung bagaikan direntap – rentap rasanya.
Berbagai keluhan didengari, “kalu macam ni biar tak menang pun tak pa..” ,

lagi berani “kami lebih rela dikalahkan dalam PRU13 daripada menang tak dak beza dengan masa UMNO/BN dulu..”,
kedengaran juga..” kalu Ustaz Azizan tak mahu buat Islam, kita suruh dia letak jawatan bagi orang lain pula jadi MB, kalu dia tak mau turun..kita rentap bagi turun..”
dan “.. kita dok lawan nak menang pilihanraya bukan kerana nak buat baik dgn puak sekular tu..kita nak laksanakan Islam..dia pi dok buat baik dengan depa nu..siap turut depa lagi tu..kalu macam ni punya gaya..aku tak kelapaq buat kheja aiih..PRU13 ni…biaq kalah pi..buleh kat depa balik pun tak pa..daripada kita jadi macam depa..”
Kita tunggu apakah kata2 dan keluhan ahli dan penyokong PAS akan dizahirkan dengan pelakuan dan tindakan…kita tunggu…tungguuuu…!!!
No comments:
Post a Comment