Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Tuesday, November 23, 2010

Jubli Perak Memperingati Syuhada Memali.

Tahniah...Pemuda..!!

Semoga tiap lembaran jurus atau derap tindakan waima sezarah sumbangan, hatta sepekik sokongan yang termampu di-ikhlaskan demi menjayakan  Jubli Perak (25thn) Majlis Memperingati Syuhada Memali bakal dikurniakan hidayah dan rahmat Allah swt serta beroleh ganjaran barokah yang berbilang ganda.   

Detik bersejarah yang menzahirkan teguhnya iktikad kebenaran yang hakiki. Tegas dan berani, tiada ragu maupun gusar demi iltizam menentang kezaliman sang penguasa yang ditunggangi nafsu;  istilah tunduk, patuh atau akur ternoktah sudah tatkala keangkuhan merajai kuasa yang diamanahkan.


Pemuda;

Beristiqamahlah, usah berpaling dari jalan kebenaran serta  hindarilah panahan fitnah zaman dan beroleh pertolongan serta dipermudahkan lontar langkah untuk merentasi denai mehnah dan ranjau tribulasi yang menghampari manhaj perjuangan.Perteguhkan ukhwah, selaraskan niat pada titian keimanan serta rangkuman taqwa, tetap yakini hasrat dan ikhlaskan hajat hanya sanya demi mencapai redho Ilahi.

'Ish 'Azizan Auw Mut Syahidan...( "...dari hidup bercerminkan bangkai..." - As-Syahid Ibrahim Libya) Allahuakbar!!!.

"Pemuda hari ini, cerminan masa depan."

Tidak bermulanya suatu ketamadunan tanpa susuk- teroka PEMUDA yang bingkas mengasak kejahilan, tegap menentang kezaliman serta gagah meruntuhkan kebatilan.

'MEMALI', mengertilah..! ianya suatu pengabdian bermeteri, bukan sekadar kerangka berkanvas yang dihiasi rona-rona retorika seindah pelangi, selayaknya hanya terpaku pada dinding batu yang kaku dan bisu. Malang sekali, sekira ianya bagai suatu ritual yang dilazimi secara tahunan untuk mencuci daki dosa dan memulihkan semangat yang hilang persis dipinggiran Gangga.  



Pulang lah wahai PEMUDA, usah lesu dan leka, lazimi tuntutan yang tersedia...

Pemuda sewajarnya tegap bersusuk dan berjiwa segar. Peka dan kritis mendepani massa. Pantang berliuk lentuk dan beralah embun. Parah jika berantai kaki dan berterompah kayu. Punahlah Ummah dan tergadailah Nusa.

1 comment:

Undertaker said...

Sekiranya kita mengkaji sejarah para Nabi dan Rasul kita akan lebih memehami kenapa Perjuangan Memali sudah tidak ada kesan nya lagi.Apakah pembantu pembantu Al marhom Utz Ibrahim Libya telah ber paling setelah perginya Utz Ibrahim.Sama sama kita kaji sejarah nabi Musa.Nabi Isa dan lain lan lagi apa sebenarnya terjadi selepas Wafatnya para Nabi dan apa yang terjadi pada pengikutnya hatta perjuangan Nabi Muhamad (SAW)kita pun kita dapat ambil iktibar.Setelah Wafatnya Nabi Muhamad (SAW)_ apa jadi pada sahabat.Apakah mereka semuanya terus ber iman atau ada di antaranya telah kembali dengan sifat jahiliah mereka.Tak hairanlah kenapa adanya orang macam yusuf Hussain dan Azizan Razak jutru beberapa orang pemimpin Kedah yang lain.Siapakah yang menikmati habuan dunia yang sedikit hinggakan Sekolah Insaniah Diniyah menjadi demikian rupa.Yang kita nampak dan dengar hanyalah alasan demi alasan dalih demi dalih.