KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula Rabu mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar negeri itu menuju kejayaan, dan bagindasentiasa dikasihi rakyat.
"Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Khamis.
Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang sedang gering sejak lebih dari setahun.
Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.
Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik.
Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidin, Khamis berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berakhir di sini. Seri Paduka diiiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Terengganu, oleh Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel.
Menurut kenyataan itu, mesyuarat, antara lain, membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, agama Islam, pelantikan-pelantikan dan Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri serta Biasiswa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA
Pemerhatiannya Tajam,Tinjauan Meluas,Pantas Menerjah dan Tangkas Mencengkam. Tersendiri namun tidak Terasing. Si Ular pembelit dan Sang Tikus perosak paruh dibenam.
Entering 'HELANG' territory at your own risk.
'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'
Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )
" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)
"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)
"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment