Pelik tapi benar..! Hanya di Kedah. Anda tak perlu membetulkan cermin mata atau kanta sesentuh dimata anda. Apa yang tertera diskrin komputer bukanya ‘typing error’, semua benar dan benar belaka.
101010, pada tarikh yang unik, terjadi satu peristiwa yang juga unik. Walaupun bukan kali pertama, tapi yang kali ini ada keunikannya yang tersendiri.
Satu demotrasi membantah kenaikan tarif ayaq yang sedang hangat diperdebatkan di Kedah mutakhir ini telah berlangsung dengan aman dihadapan Wisma Darul Aman, pusat pentadbiran Kerajaan Negeri yang turut menempatkan pejabat YAB Menteri Besar dan para Exco.
Antara keunikan yang dilihat, demotrasi ini dianjurkan dan dipimpin serta dihadiri oleh ahli-ahli PAS Kedah sendiri. Lebih unik lagi, apa yang tertera dikain-kain pemidang yang dibawa oleh mereka tidak tertumpu hanya kepada berkaitan isu ayaq sahaja. Prasa - prasa kata yang mengecam dan mempertikai kepimpinan YAB Menteri Besar lebih ketara. Lihat disini http://pelantaqhujah.blogspot.com/2010/10/ayaq-sampai-klimaks-dah.html
Betul, ahli-ahli yang terlibat sudah dikenali ramai dan bukan asing lagi kepada PAS Kedah malah sehingga PAS Pusat juga memakluminya. Walau sekian lama ’kumpulan’ ini yang lebih dikenali sebagai Kelab Veteran PAS Kedah mempertikai kepimpinan PAS Kedah, tiada satu pun tindakan disiplin yang dikenakan kepada mereka.Apakah kerana apa yang dipertikaikan ada kebenaran maka tidak membolehkan mereka dihadapkan Jawatakuasa Disiplin Parti atau apa yang mereka lakukan tidak menyalahi disiplin Parti?
Jika pertikaian mereka mempunyai asas dan kebenaran, mengapa tidak dilakukan perubahan kearah penambaikan kepada kepimpinan PAS Kedah?
PAS Pusat dan ahli-ahli PAS Kedah perlu mengambil perhatian yang serius, jangan ambil mudah. Adakah menunggu ’nasi menjadi bubur’ baru hendak dilakukan sesuatu tindakan?.
Kejadian seumpama ini dalam mana-mana organisasi bukanlah suatu yang sihat. Apatah lagi dalam sesebuah organisasi politik atau gerakan ISLAM. Tindakan seumpama ini boleh disifatkan sebagai suatu ’pengkhianatan’ jika ianya sengaja dilakukan hanya demi kepentingan kelompok atau pun individu tertentu bukan bertujuan untuk kebaikan organisasi yang terlibat.
Tindakan yang diambil oleh 14 AJK Kawasan Pendang yang meletakkan jawatan secara beramai-ramai dilihat lebih bermaruah dan beretika. Itu pun mereka sudah digelar ’Pengkhianat’.
Secara logik, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan PAS Kedah jika kejadian-kejadian yang berlaku diambil perhatian dan dijadikan pertimbangan (termasuk beberapa kejadian yang bersifat dalaman yang tidak didedahkan, akan tetapi semua kepimpinan peringkat negeri amat memakluminya dan juga oleh sebagaian besar kepimpinan peringkat pusat serta kawasan dan cawangan di Kedah)
Apa yang amat menghairankan, kepentingan siapakah atau maslahat jamaei manakah atau maqasid syarie apakah yang cuba dijadikan justifikasi atau perhitungan untuk tidak mengambil tindakan-tindakan yang berkesan untuk menangani permasalahan yang menghimpit?
Mantan 14 AJK Kawasan Pendang wajar dihormati pendirian mereka untuk melepaskan jawatan apabila mendapati diri sudah tidak mampu lagi memikul tanggungjawab dan melaksana amanah kepimpinan ( walaupun tidak 100% tepat).
BACUL, jika seorang pemimpin yang gagal memikul tanggungjawab dan amanah tetapi masih enggan melepaskan jawatan, sebaliknya menggadai kepentingan jamaah/parti dengan tindakan ’play safe’ demi cita-cita politik dan jawatan. ( Salah seorang TPJ telah diamanahkan untuk menyelesai pemasalahan Kawasan Pendang telah tidak melaksanakan amanah, hanya mengutus driver/pembantu sebagai melepaskan ’batuk ditangga’).
Dua kejadian terbaru yang mencemar imej PAS tidak lagi boleh dibiarkan begitu sahaja. Tindakan – tindakan yang pro-aktif dan efektif perlu diusahakan disemua peringkat agar keutuhan jamaah/parti terus terpelihara dan tidak membantutkan agenda perjuangan.
’Post Mortem’ atau ’Case Analysis’ mesti dipraktikkan sesegera mungkin. Walak dan thiqah kepada pemimpin bukan bermakna kita harus taksub secara membabi-buta,
bukan juga untuk berprasangka cuma ‘hazar’ sebagai tazkirah, pemimpin hanya manusia biasa yang terdedah kepada kesilapan dan hasutan, walaupun dari golongan ‘pewaris nabi’ namun mereka tidaklah ‘maksum’.
Atau PAS samada diperingkat negeri atau pusat mesti mengambil tindakan displin terhadap ’ahli-ahli yang bertindak diluar daripada adab berjemaah’. Jika tidak, percaya sesuatu yang lebih buruk akan kunjung tiba. Ini bukan amaran atau ugutan, tetapi rayuan dan permohonan yang tulus dan ikhlas.
” Jika kita tidak mampu menjadi ’GARAM’ yang menyelamatkan ikan, jangan pula kita jadi ’LALAT’ yang merosakkan ikan”
”Ikan membusuk bermula dari ’KEPALA”
Kepentingan Jamaah/Parti mengatasi lain-lain kepentingan samada kelompok maupun individu. Pemimpin boleh datang dan pergi, Jemaah dan pejuangan wajib diutamakan.
Ayuh..Pemuda...! usah bertakwil lagi, semuanya sudah jelas dan terang. Sejarah telah menukilkan akan peranan dan kemampuan untuk melakukan perubahan. Kamu lah, wahai Pemuda yang disandarkan harapan sebagaimana pesan Imam al-Ghazali; ”Jika ingin melihat masa depan sesebuah bangsa/negara, lihatlah kepada pemuda-pemudanya”
Jangan sampai kita yang mengaku dan berbaiah sebagai pejuang-pejuang Agama Allah (ISLAM) sebaliknya hanya tumang-tumang yang membiak anai-anai dan meruntuhkan Agama Allah (ISLAM).
”Saya pergi ke Paris lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah saya bertemu Muslim tanpa Islam. – Muhammad Abduh.
No comments:
Post a Comment