Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Wednesday, October 6, 2010

AYAQ : ‘Political Manuevering Exercise’ yang mengorbankan rakyat dan negeri ?



Muka depan tabloid Sinar Harian (Utara) Selasa, 05 Oktober 2010 memaparkan kata-kata amaran oleh YAB MB kepada BN supaya jangan  kacau kerajaan negeri dengan terus putar belit isu kenaikan tarif air.  

Gambar Hiasan.
“ Saya tahu siapa terlibat dalam pemilihan itu, siapa dapat hak bina loji dan paip, termasuk pemimpin BN mana yang ada kepentingan dalam perjanjian air. Cuma saya tak mahu dedahkan. Sebelum ini. Mereka swastakan pengurusan air di Kedah, manakala kita hanya korporatkan.”

Daripada kenyataan amaran oleh MB itu, jelas menunjukkan bahawa isu tarif air telah dijadikan senjata atau  alat politik kepartian dengan mengorbankan kepentingan dan memperjudikan kehidupan rakyat.

Kerajaan yang dipimpin oleh PAS berjanji  untuk berjuang bagi mensejahterakan negeri untuk dinikmati oleh semua rakyat, ironinya mengambil pendekatan jauh tersasar dari nilai dan terma yang diperjuangkan.Islam dengan jelas melarang air daripada diniagakan apatah lagi jika melibatkan penyelewengan yang menjejaskan hak dan kebajikan rakyat.

Penyelewengan merupakan satu kezaliman berupa jenayah yang mesti dihentikan dan dihukum pelakunya. Kezaliman tidak seharusnya disembunyikan, apatah lagi yang dilakukan oleh pemimpin yang diamanahkan tanggungjawab telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat.Amat jijik bagi sebuah kerajaan yang mengaku mengamalkan urus-tadbir yang telus dan adil hanya akan mendedahkan penyelewengan jika sipelaku terus mengganggu-gugat kuasa dipegang.Bermakna, sekali lagi rakyat dikorbankan sebagai ’perisai’  untuk menghadapi lawan politik.

Rakyat terus dibebankan dengan kenaikan sedangkan penyelewengan dibiarkan hanya kerana kepentingan kuasa politik.

DI SARANKAN AGAR SEBUAH SURUHANJAYA DI-RAJA ATAU JAWATANKUASA BEBAS YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DEWAN UNDANGAN NEGERI SEGERA DIUJUDKAN UNTUK MENYIASAT PENYELEWENGAN YANG DILAKUKAN, SEHINGGA MENYEBABKAN RAKYAT MENERIMA PADAH DARIPADA PERLAKUAN PEMIMPIN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT.

Allah berfirman yang bermaksud:" Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) memerintahkan (melakukan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah. sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasiq." (Surah Ali 'Imran 3:110)

No comments: