Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Thursday, September 30, 2010

KUIN : Hubungkait Bina Darulaman Berhad dan IJM Corp. Berhad


Daripada maklumat yang diperolehi menyatakan sejak 2 -3 bulan kebelakangan ini Dato Jahubar Sathik (GMD BDB ) kerap mengambil cuti yang panjang antara 1 hingga 2 minggu dan berada sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh bercuti. Pentadbiran BDB banyak dipantau ‘The Blue Eyed Boy’ beliau, Dino budak gembala ‘kuda pawah’ di Darulaman Golf.

 Dino yang juga dikenali sebagai ‘Hero Tasik’ berikutan dimana saja beliau ditugaskan akan terdapat ‘tasik’ samada semula jadi atau buatan manusia, terbaru ditugaskan GM di Darulaman Realty disamping masih mengekalkan jawatan nya sebelum ini di Darulaman Golf. Dia dilihat cukup berkuasa di BDB sehingga mampu mengarah pegawai2 yang lebih senior di BDB dan anak syarikat. Hampir semua staff BDB dan anak syarikat maklum sekiranya sesiapa saj yang bermasalah dengan beliau tidak mampu bertahan lama di BDB.
 
Sebagaimana yang menjadi buah mulut dikalangan staff BDB, banyak tindakan – tindakan Dato’ Jahubar Sathik dipengaruhi Dino termasuk isu yang sedang diperkatakan berhubung perlantikan IJM Corp. Berhad sebagai ‘Total Sub Cotractor’ untuk projek Kampus baru KUIN di Kuala Ketil.


Menurut sumber, tindakan menganugerahkan projek KUIN kepada IJM adalah merupakan ‘Retirement Plan’ oleh Dato’ Jahubar Sathik setelah menghadapi masalah dalam pengurusannya di BDB. Beliau yang menerima tekanan daripada Lembaga Pengarah BDB berikutan kegagalan beliau menguruskan sumber kewangan untuk meneruskan kerja-kerja pembinaan projek KUIN, walaupun beberapa intitusi kewangan secara dasar telah bersetuju untuk membiayai  projek tersebut dengan jaminan Kerajaan Negeri.
 
Kegagalan pengurusan beliau dapat dilihat berikutan 3 peristiwa perletakkan jawatan CFO BDB oleh tiga individu berbeza  dalam masa 2 tahun. Sumber juga memberitahu telah berlaku pergeseran antara beliau dan Lembaga Pengarah berikutan skim gaji yang diterima oleh beliau dan surat perletakan jawtan pernah dimajukan kepada Lembaga Pengarah.

Perkembangan terbaru ini membenarkan pandangan beberapa pihak yang menyatakan tindakan kerajaan PR Kedah membawa balik beliau sebagai GMD BDB adalah satu keselipan. YB Dato’ Amiruddin adalah individu yang bertanggungjawab membawa beliau kembali  ke Kedah walau ditentang oleh bebrapa orang pimpinan PR Kedah.Tidak sukar untuk memahami mengapa YB Dato’ Amiruddin mempertahan tindakannya, Dato Jahubar Sathik adalah bekas Bos beliau semasa beliau menjawat sebagai GM di Darulaman Golf satu ketika dulu. Dan dikatakan, Dato Jahubar Sathik banyak menyokong beliau dari segi kewangan semenjak beliau menceburkan diri dalam politik bermula kemenangan dalam Pilihanraya Kecil Dun Anak Bukit selepas kematian AlMarhum Dato Fadhil Nor. 

BILLYtheKID.

11 comments:

OrAnG KaMpUnG said...

Dino bagi hadiah barang kemas anak bos dia kawin. katanya ni hadiah BDB. lepas tu Dino claim harga barang kemas tu kat BDB. Bila orang auditor persoalan tak leh claim, Dino melenting..Boleh claim ka BillytheKid?

Carlito said...

Jgn la begitu org kampung. Dino ni baik orgnya. Berbudi bahasa,tinggi akhlaknya. Tiada berdengki dan baik budi bicaranya. Takkan la dia nak gunakan wang syarikat untuk hadiah kahwin. Dino akan gunakan duit dia sendiri. Memang tepat pilihan Dato Amiruddin ni. Kita kena terima sajalah...redhoo..kann

BILLYtheKID said...

Dino nak claim?...boleh ka dak?..hangpa nii..apa yang Dino x boleh..impossible is nothing la bro..Menara BDB 10 tingkat tu..kalau Dino kata boleh buat kandang kuda pawah..mesti boleh punya. Kalu dia tak jumpa kuda, mesin kuda nanti susun dalam tu...dia dgn kuda cukup sinonim..berkuda atau perkuda umpama kentut dengan taik dia saja..bau dia sama ja...nasib baik la hang jumpa rezeki kat BDB..kalu kat stesen keretapi..lagi la serasi Dino oii..part time kut..?? nak servisss banggg..?

Black said...

Nak persalah siapa lagi Billy. Siapa yang melantik Dino? Of course Sathik. Siapa pula yang melantik Sathik? Of couse YB Amiruddin. Dah tu, dapat pula MB macam Ustaz Azizan Sala. Ini semua circle of friend punya cerita la. Hang korek pasai Sathik, Amiruddin pulun kambuih. Hang korek pasai Dino, Sathik dgn Amiruddin pulak pakat kambuih. Tu, kalau kita kira pasal kepala.. tak kira lagi anjing-anjing yang depa duk bela..Tak kemana la isu ni kecuali duduk melilau dalam blog la. Macam hang duk kata la..mai kat kita, mendayu-dayu kita menyanyi merdu..kena kat orang, pakat tabuh memilu..
Isu 2 malaun kerabat Patmanathan ni, siapa yang tak tau? Semua yang duk keliting dalam pentadbiran pakat tau.. Tapi apa depa buat? Pakat pekop batu masing-masing la..Jawatan bro... Hangpa nak pi audit pun, hangpa takut..Apa cerita???? Audit team BDB pun sudah bungkuih..semua dah dapat jawatan hebat habuan tutup mulut...
Orang Umno pakat gelak saja hangpa semua pakat kena kencing dengan 2 malaun ni. Nak buat macammana lagi? Yang duk supply taik lembu habuan bakaq bukti, YB Amiruddin la jugak.. Dia lumoq sekali dengan minyak ataq kat 2 orang ni..Puak Pas lain pun apa lagi..pakat Subhanallah..MasyaAllah la bila berjumpa...terha tu dah..
Alaa..Orang Kampung tak kan tak kenai YB dia....

Carlito said...

The fish rotten from the head to the tail. Omputih kata camtu. Den setuju benor dgn Ak47 ni. Kalau dah ada hubungan baik dgn org atasan, wat camno pun depa kambuih gak dan sapu minyak ataq kasi wangi. Den dgr byk lg kezaliman 2 malaun ni dok wat. Anaiya org, letak pasir dalam periok nasi org..apo citer nie? sikap sejati org Islam ke camni?? Org UMNO dulu pun takde lak sezalim 2 malaun ni. Pi citer kat Amiruddin pun, setakat angguk pala nak siasat..tp apa pun takda. Apa nak buat, kawan dok pekena kopi dan dok pukui kayu golf selalu. takkan nak amik tindakan lak...

BILLYtheKID said...

AK 47...aku setuju la sangat2 dengan hang...hang kata pakat dok cekup batu masing2...yang tu takpa la ada gak batu...Yb Amiruddin ni yang aku heran...dia dok pulun cekup apa tak tau..dia mana ada batu...langsung x dak aihhh..aku tgk cara dia dok berjalan..cekup kepala taik kut no..aku rasa la..kepala taik DonJuan Zan al-Maksumwalmakilu.

Mai bagi kalu ada apa2 maklumat yang eklusif..kita ganyang depa cukup..memang selama ni chegita depa ni dok memutaq dlm blog saja..tapi kali ni aku ada buah baguih punya habuan nak bagi depa berak..silap haribulan nanti rata jalan tera nk sampai jamban..aku PAS ( Islam), tapi aku tak kira sapa pun kalu dok buat kelaku tak hentang kat Islam aku balun..orang umno aku balun, orang PAS pun aku sentai..juak PKR pun aku nak bagi kepala lutut kat domoi depa..tak kira la DAP ka..apa ka..kita tarbi cukup2 sampai depoa cirit-birit, biaq londeh seluaq sambil lari cari jamban..kalu kepala taik plak kita lempaq pi balik sana..klau tauk dekat2 x buleh...nanti pekung satu kampung.

Illuminati Mukmin said...

aku dapat maklumat yang Sathik bukan sahaja mengatur 'retirement plan' dgn IJM ni, tapi dia juga memberi habuan kepada anaknya Qadri yang bekerja dengan syarikat audit terkenal Ernst & Young. Diberitakan Ernst & Young telah dilantik menjadi 'external auditor' BDB & kumpulan syarikatnya. Betoi ka ni?

Ernst & Young juga dilantik menjadi 'Risk Management Consultant' bagi mewujudkan jabatan pengurusan risiko BDB. Ada kena mengena dgn anak Sathik yg bekerja di Ernst & Young tu???

BillytheKid, hang bok keluaq pistol hang sat & tolong pi check maklumat ni.....

Black said...

Billy, diam lama nampak. Ka..hang tak jumpa peluru? Hang kalau nak pakai peluru senapang aku, hang bagi tau saja... kita boleh jumpa anytime kalau hang mau.. kat Kopi Tiam kat BDB.. amacam?? On???

BILLYtheKID said...

AK 47 > Peluru tak boleh dok membaziaq x tentu pasai dan kena tgk masa yang sesuai serta sasaran yang tepat.

Nak 'Draw' ni kena bertenang, x boleh gelojoh sangat.

Apa pu aku sangat2 berterima kasih atas peringatan dan saranan serta tawaran/pertolongan (peluru) yang hendak dihulurkan. nak buat masa ni tengah dok kalut sikit. Jika ingin menyumbang peluru emailkan sahaja dulu dan amat dialu2kan - (mohamad.bakar6@gmail.com)

19q Bro AK 47

Anonymous said...

aku salah sorg yg terpaksa resign oleh kerana DINO tu..dia buat mcm2 kat aku. aku doakan saja semoga dia diberi petunjuk. Aku x mau kena kat org lain, aku nk dia rasa mcm mana aku rasa ssh dulu.

Anonymous said...

Pencari Pinjaman terhormat

Apakah Anda dalam kesulitan keuangan? Apakah Anda ingin memulai sebuah bisnis? Pinjaman perusahaan ini didirikan oleh organisasi yang tepat dunia manusia yang luas dengan satu-satunya tujuan membantu orang miskin dan orang-orang dengan kesulitan keuangan kehidupan. Jika Anda ingin mengajukan pinjaman, kembali ke kami dengan rincian di bawah melalui email: carolinejames912@gmail.com

nama:
Jumlah Pinjaman Dibutuhkan:
Durasi Pinjaman:
Nomer HP:

Salam,
Ibu Carlijne Sahrizan