Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Tuesday, August 31, 2010

Taksub politik pinggirkan larangan agama - Zul Nordin SANGAP?


Gambar Hiasan
SHAH ALAM – Pemimpin politik sepatutnya tidak bertindak menghalalkan segala larangan dalam agama Islam demi kepentingan politik mereka.

Ahli Parlimen Kulim, Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, kebelakangan ini ramai pemimpin politik dan ahli agama terdesak untuk mendapatkan sokongan sehingga membenarkan ruang solat dijadikan tempat menerima bantuan kewangan daripada bukan Islam.

“Apakah para ilmuwan agama ini membutakan mata mereka kepada fakta sebenar yang berlaku? Para wakil rakyat (bukan Islam) datang atas nama politik kepartian. Mereka mengharapkan undi bagi pilihan raya akan datang.

“(Sedangkan) Rasulullah membenarkan orang bukan Islam memasuki kawasan masjid bukan bertujuan menerima atau mengagih sumbangan, tetapi menyeru mereka kepada Islam,” katanya menerusi laman blognya, zul4kulim.blogspot.com.

Zulkifli berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki Surau Al-Huda Kajang dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen yang memasuki ruang solat Masjid Al-Taqwa Selayang Baru.

Menurutnya, walaupun tidak bersetuju dengan alasan kedua-dua Ahli Parlimen itu yang menyatakan mereka tidak tahu hukum memasuki ruang solat, beliau tidak menyalahkan mereka sepenuhnya.

Sebaliknya, Zulkifli mempertikaikan tindakan segelintir orang Melayu beragama Islam yang memberikan kebenaran itu.

“Malah ada ilmuwan agama yang menyokong dengan pelbagai teori dan falsafah. Habis dikorek segala kitab kuning untuk menghalalkan tindakan membenarkan orang bukan Islam memijak tempat utama solat.

“Seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejak kafir di sana. Apatah lagi, kafir yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah,” katanya - Sinar Harian.

3 comments:

mra said...

si zul dari kumpulan munafik ini memang dah macm itu kelakuannya.dia yang sebenarnya menjual agama demi kelansongan poketnya.kita pula jangan jadi begitu.
demikianlah cerita MB di Mekah.jangan dengar cerita ahli munafik walaupun ia berada dalam kalangan kamu/kita.
bukan juah atu riak(orang kedah kata nak tunjuk),tapi sejak 2000 selepas hijrah drp umno ke PAS rezeki aku bertambah.bilangan aku ke Tanah Suci lebih banyak daripada kunjungan aku kerumah jiran sebelah(sebelum ini sekali pun tak pernah).olih itu sedikit sebanyak aku tahu hal tempat penginapan di Mekah dan Madinah.dan dengan itu,fitnah dan tohmahan terbaharu mengenai MB Kedah di Mekah merupakan mereka yang seangkatan dengan Zul bukan merupakan berita bagi aku.(terima kasih atas ulasan dalam blog kerdil saya).

BILLYtheKID said...

Alhamdulillah.

jab sp said...

kebetulan malam ini ada tadkirah Ustaz Hassan Razak Pegawai Khas MB disurau kami.
Saya bertanya dan jawapannya MB menggunakan perbelanjaan RM19,000.00 (utk MB)sahaja sepanjang lawatan kerja tersebut.