Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Sunday, October 31, 2010

Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kesombongan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah selendangKu.
Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu daripada keduanya, nescaya Aku lemparkan dia ke dalam neraka".


Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda.
"Tidak akan masuk Syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah daripada kesombongan" .
 

Friday, October 29, 2010

AMALAN RIBA DALAM BAYARAN PINJAMAN PENGAJIAN YAYASAN ISLAM NEGERI KEDAH

Kamsani Al Zamakhsyari Assalamualaikum, saya merupakan peminjam pinjaman pengajian Yaysan Islam Negeri Kedah (YINK) sejak tahun 1999. Saya juga membayar pinjaman berkenaan kepada YINK setiap bulan dengan potongan RM245 sebagaimana dalam perjanjian. Namun begitu bayaran caj perkhidmatan yang dikenakan semakin ber' BUNGA' atau dengan kata lain terdapat unsur 'RIBA'.

Walaupun segala jumlah pembayaran telah ditentukan melalui perjanjian mahkamah, saya selaku rakyat Kedah injgin memhon kepada YB MB Kedah Ustaz Azizan agar memberikan perhatian yang serius dalam perkara ini dengan permohonan i agar dimansuhkan caj perkhidmatan yang berbentuk "BUNGA' kepada caj perkhidmatan yang dibenarkan menurut kehendak kaedah syariah islam.

Saya berharap agar YB MB Kedah dapat bertindak sesuatu dalam hal ini bagi mengelakkan sebarang dosa yang jelas kelihatan berlaku di sekeliling kita dan mudah-mudahan Allah akan memberkati kerajaan PR yang sedia ada dalam mentadbir negeri ini secara berkebajikan. Wassalam

Wednesday, October 27, 2010

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Akan datang di
kemudian
hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta
dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka
dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan
... termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat
sampai datang ke telaga (yang ada di syurga) ".
 ( Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim. )

Fuhh..! Caya..la..!!! Pendapatan meningkat 205% vs 204 biji kereta hilang.




Auditor-general Tan Sri Ambrin Buang questioned the efficiency of the Kedah State Secretariat Office’s (SUK) vehicle maintenance plan after three of its cars had their tyres changed twice within four and nine months. The state government said it was due to heavy usage.

Based on the Road Transport Department’s record, Ambrin also listed 204 vehicles registered under the Kedah SUK that had gone missing from the state’s Vehicle Central Record.

“An investigation must be carried out to determine the status of these vehicles, whether they still exist and are being used or have been disposed off,” he said.
The Audit Department also discovered an imprudent payment system for vehicle maintenance and fuel where payments for these were made twice within a month which took place in April and November last year.

This resulted in the auditor-general urging the Kedah SUK to reclaim the redundant payment and take disciplenary action against the officers involved.(NST -26/10/2010)

“Air yang tenang jangan disangka tiada buaya…bewak berlambak – lambak..“.

 HIMPUNAN MADAH-MADAH PENGUASA.

“Exco2 aku semua bodo..!”

“ budak2 tu mai nak ajaq aku..depa tau apa?”

”KCS semua dok belakang aku..hangpa nampak!”

” Tak kan la dia nak tipu abang sepupu dia..!”

”Aku pensyarah!, aku tau semua..hangpa mengaji dimana..?

” Aku Menteri Besar hang tau dak?”

“Aku bukan ulamak…ni Kedah bukan seropa dengan Kelantan..!”
 
”depa Pusat tau apa?..berapa negeri dah depa perintah..?”

“sapa tak ikut aku...orang lain jadi calon lepaih ni..”

” hang tengok ni..Sultanah hadiah kat aku..hang tau berapa rhega dia?’
...bersambung..! ( sapa-sapa yang ingin berkongsi koleksi silakan..! )..mmuaah..!

BILLYtheKID (helangkedah.blogspot.com)

Saturday, October 16, 2010

Herd of mountain goats casually climb near-vertical 160ft dam

At first look you could be forgiven for thinking this photo of the Cingino dam in the Italian Alps is unremarkable, but for the feat of civil engineering it represents.
Alpine horns: At first sight the specks on this dam appear appear to be rocks, but on closer inspection .....
Don't look down: The goats have no fear of fallingHowever, look a bit closer and you might feel like a bit of a silly billy for not realising those specks on its sheer 160ft face are something altogether more amazing.

These incredible pictures show Alpine Ibex goats wandering across the face of the near-vertical dam in Northern Italy without a care in the world.

The gravity-defying goats typically live in very steep and rocky terrain at altitudes of up to to 4,600m and have no fear of falling whether climbing up or down the 160ft dam wall. 
Gravity-defying: The goats clearly have a head for heights as they hoof it across the near-vertical wall of the dam
And they aren't doing it just to show off. 

It is thought the goats are actually grazing, licking the stones for their salts.


Don't look down: The goats have no fear of falling

The photos have captured the imagination of bloggers across the internet including Jolle Jolles, a 25-year-old zoologist working at Cambridge University. 

'I have a great fascination for goats,' he said. 

'I think they are one if not the most fascinating animals on our planet.

Probably most of you might at first not agree, thinking of your favourite animal (as) the panda, lion or dolphin. 

'But goats have more to offer than their great grazing abilities.' 

The Alpine Ibex is a species of wild goat that lives in the mountains of the European Alps and seek refuge at high altitudes to protect themselves from predators.

Friday, October 15, 2010

Harakah Islamiyyah & Peranan Ulil Albab .

INTRO

Kertas kerja ini dikemukakan dalam bentuk objektif dan rangka aktiviti yang mesti direalisasikan dalam hidup seorang muslim yang memiliki ‘ knowledge ’ dan potensi intelektual .Kertas ini jua berfungsi memecah kebuntuan dan melerai kekusutan yang dihadapi oleh sebahagian mahasiswa dan graduan muslim dewasa ini .

Sementara perbincangannya pula dalam bentuk fikratul amal yang turut dikombinasikan bersama realiti ummah kini dengan pengalaman sejarah silam yang nyata telah menyaksikan kejayaan demi kejayaan dicipta dan dibuktikan .

POSISI ULIL ALBAB ( INTELEKTUAL ).

Ulil Albab telah mendapat Tauliah Agong daripada Allah untuk beraksi :

Majlis Raja-Raja Mengalu-Alukan Keberangkatan Sultan Muhammad V

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat selama dua hari di Istana Negara di sini bermula Rabu mengalu-alukan keberangkatan hadir Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sebagai anggota penuh Majlis itu.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat ke-222 itu, bertitah bahawa Majlis itu mendoakan agar Kelantan Darul Naim terus aman dan tenteram serta Sultan Muhammad V dapat memerintah dengan adil dan saksama, agar negeri itu menuju kejayaan, dan bagindasentiasa dikasihi rakyat.



"Paduka Ayahanda bagi pihak diri sendiri dan juga Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Maha Mulia Seri Paduka Anakanda atas pemasyhuran Anakanda," titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Khamis.

Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 yang baru di Istana Balai Besar, Kelantan bulan lepas bagi menggantikan ayahanda baginda Sultan Ismail Petra yang sedang gering sejak lebih dari setahun.

Titah Sultan Sharafuddin, sebagai seorang berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan pernah dilantik sebagai Pemangku Sultan Kelantan, serta berjiwa rakyat, Majlis Raja-Raja berkeyakinan penuh bahawa Sultan Muhammad V dapat memberi bantuan, input serta idea-idea baru kepada Majlis Mesyuarat Raja-Raja.

Sultan Sharafuddin turut bertitah, baginda dan semua Raja Melayu serta Yang di-Pertua Negeri turut dukacita atas kegeringan Sultan Ismail Petra dan mendoakan semoga kesihatan baginda bertambah baik.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdidin, Khamis berkenan berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berakhir di sini. Seri Paduka diiiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Perak, oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah, dan Terengganu, oleh Tengku Sri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat, antara lain, membincangkan perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, agama Islam, pelantikan-pelantikan dan Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri serta Biasiswa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA

Sunday, October 10, 2010

GERAKAN AMAL TARBAWI WAJIB DIPERKASA

Sebagai sebuah Gerakan Islam , Amal Tarbawi menjadi tunjang kekuatan dan keutuhannya mendepani cabaran dan menyerap tekanan . Malah Amal Tarbawi melengkapi segala zat dan galian yang diperlukan oleh Gerakan Islam bagi menguatkan otot serta memperkasakan stamina guna menggalas berat beban perjuangan mendaulatkan Syariat Allah swt .

SUATU PERINGATAN DARI USTAZ FATHI YAKAN ( Virus Merbahaya Yang Menyerang Harakah Dakwah Masa Kini )

Disediakan oleh :
Akhukum fiLlah, Ahmad Akhyari bin Ismail Az-Zahawiee UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.


Muqaddimah


Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia.


Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.

AYAQ: Ahli-ahli PAS berdemo bantah tindakan Kerajaan Negeri pimpinan PAS?

Pelik tapi benar..! Hanya di Kedah. Anda tak perlu membetulkan cermin mata atau kanta sesentuh dimata anda. Apa yang tertera diskrin komputer bukanya ‘typing error’, semua benar dan benar belaka.

101010, pada tarikh yang unik, terjadi satu peristiwa yang juga unik. Walaupun bukan kali pertama, tapi yang kali ini ada keunikannya yang tersendiri.

Satu demotrasi membantah kenaikan tarif ayaq yang sedang hangat diperdebatkan di Kedah mutakhir ini telah berlangsung dengan aman dihadapan Wisma Darul Aman, pusat pentadbiran Kerajaan Negeri yang turut menempatkan pejabat YAB Menteri Besar dan para Exco.

Antara keunikan yang dilihat, demotrasi ini dianjurkan dan dipimpin serta dihadiri oleh ahli-ahli PAS Kedah sendiri. Lebih unik lagi, apa yang tertera dikain-kain  pemidang yang dibawa oleh mereka tidak tertumpu hanya kepada berkaitan isu ayaq sahaja. Prasa - prasa kata yang mengecam dan mempertikai kepimpinan YAB Menteri Besar lebih ketara. Lihat disini http://pelantaqhujah.blogspot.com/2010/10/ayaq-sampai-klimaks-dah.html

Kata IBNU QAYYIM " apabila manusia meninggalkan sebahagian hukum yang terdapat di dalam AlQuran secara lalai atau alpa maka pasti akan terjadi perkelahian dan perpecahan sesama mereka "

 

Kata Saidina Ali " AKAN TERLERAI AKIDAH DARI DALAM DIRI APABILA SI EMPUNYA DIRI TIDAK MENGENALI JAHILIYYAH !! "

Maksud Firman Allah "mengapakah kamu menjadi 2 puak dlm menghadapi golongan MUNAFIQIN sedangkan ALLAH menyesatkan mereka melalui perbuatan mereka.


Adakah kamu ingin memberi HIDAYAH kpd orang yg Allah sesatkan. JGN KAMU MENGAMBIL MEREKA SEBAGAI KAWAN SEHINGGALAH MEREKA BERUBAH SIKAP "


Betul, ahli-ahli yang terlibat sudah dikenali ramai dan bukan asing lagi kepada PAS Kedah malah sehingga PAS Pusat juga memakluminya. Walau sekian lama ’kumpulan’ ini yang lebih dikenali sebagai Kelab Veteran PAS Kedah mempertikai kepimpinan PAS Kedah, tiada satu pun tindakan disiplin yang dikenakan kepada mereka.Apakah kerana apa yang dipertikaikan ada kebenaran maka tidak membolehkan mereka dihadapkan Jawatakuasa Disiplin Parti atau apa yang mereka lakukan tidak menyalahi disiplin Parti?
Jika pertikaian mereka mempunyai asas dan kebenaran, mengapa tidak dilakukan perubahan kearah penambaikan kepada kepimpinan PAS Kedah?

PAS Pusat  dan ahli-ahli PAS Kedah perlu mengambil perhatian yang serius, jangan ambil mudah. Adakah menunggu ’nasi menjadi bubur’ baru hendak dilakukan sesuatu tindakan?.

Kejadian seumpama ini dalam mana-mana organisasi bukanlah suatu yang sihat. Apatah lagi dalam sesebuah organisasi politik atau gerakan ISLAM. Tindakan seumpama ini boleh disifatkan sebagai suatu ’pengkhianatan’ jika ianya sengaja dilakukan hanya demi kepentingan kelompok atau pun individu tertentu bukan bertujuan untuk kebaikan organisasi yang terlibat.

Tindakan yang diambil oleh 14 AJK Kawasan Pendang yang meletakkan jawatan secara beramai-ramai dilihat lebih bermaruah dan beretika. Itu pun mereka sudah digelar ’Pengkhianat’.

Secara logik, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan PAS Kedah jika kejadian-kejadian yang berlaku diambil perhatian dan dijadikan pertimbangan (termasuk beberapa kejadian yang bersifat dalaman yang tidak didedahkan, akan tetapi semua kepimpinan peringkat negeri amat memakluminya dan juga oleh sebagaian besar kepimpinan peringkat pusat serta kawasan dan cawangan di Kedah)

Apa yang amat menghairankan, kepentingan siapakah atau maslahat jamaei manakah atau maqasid syarie apakah yang cuba dijadikan justifikasi atau perhitungan untuk tidak mengambil tindakan-tindakan yang berkesan untuk menangani permasalahan yang menghimpit?

 

Janganlah kita meruntuhkan JAHILIYYAH lalu kita bina jahiliyyah baru..kata HASAN ALBANNA "jawablah " kami membawa manusia ke arah ISLAM dan KEBEBASAN ".. tapi kalau kamu disangkal dgn perkataan "yg kamu bawa itu adalah POLITIK !" jawablah dgn cepat " inilah ISLAM dan bagi kami tiada PEMBAHAGIAN ITU "


Mantan 14 AJK Kawasan Pendang wajar dihormati pendirian mereka untuk melepaskan jawatan apabila mendapati diri sudah tidak mampu lagi memikul tanggungjawab dan melaksana amanah kepimpinan ( walaupun tidak 100% tepat).

BACUL, jika seorang pemimpin yang gagal memikul tanggungjawab dan amanah tetapi masih enggan melepaskan jawatan, sebaliknya menggadai kepentingan jamaah/parti dengan tindakan ’play safe’ demi cita-cita politik dan jawatan. ( Salah seorang TPJ telah diamanahkan untuk menyelesai pemasalahan Kawasan Pendang telah tidak melaksanakan amanah, hanya mengutus driver/pembantu sebagai melepaskan ’batuk ditangga’).

Bak kata Imam Syafei " sesiapa yang berbuat sesuatu kerana mementingkan perut maka HARGA DIRINYA hanyalah seumpama najis yang keluar dari perutnya !!"


Dua kejadian terbaru yang mencemar imej PAS tidak lagi boleh dibiarkan begitu sahaja. Tindakan – tindakan yang pro-aktif dan efektif perlu diusahakan disemua peringkat agar keutuhan jamaah/parti terus terpelihara dan tidak membantutkan agenda perjuangan.

’Post Mortem’ atau ’Case Analysis’ mesti dipraktikkan sesegera mungkin. Walak dan thiqah kepada pemimpin bukan bermakna kita harus taksub secara membabi-buta,
bukan juga untuk berprasangka cuma ‘hazar’ sebagai tazkirah, pemimpin hanya manusia biasa yang terdedah kepada kesilapan dan hasutan, walaupun dari golongan ‘pewaris nabi’ namun mereka tidaklah ‘maksum’.

Atau PAS samada diperingkat negeri atau pusat mesti mengambil tindakan displin terhadap ’ahli-ahli yang bertindak diluar daripada adab berjemaah’. Jika tidak, percaya sesuatu yang lebih buruk akan kunjung tiba. Ini bukan amaran atau ugutan, tetapi rayuan dan permohonan yang tulus dan ikhlas.

” Jika kita tidak mampu menjadi  ’GARAM’ yang menyelamatkan ikan, jangan pula kita jadi ’LALAT’ yang merosakkan ikan”

”Ikan membusuk bermula dari ’KEPALA”

Kepentingan Jamaah/Parti mengatasi lain-lain kepentingan samada kelompok maupun individu. Pemimpin boleh datang dan pergi, Jemaah dan pejuangan wajib diutamakan.

Ayuh..Pemuda...! usah bertakwil lagi, semuanya sudah jelas dan terang. Sejarah telah menukilkan akan peranan dan kemampuan untuk melakukan perubahan. Kamu lah, wahai Pemuda yang disandarkan harapan sebagaimana pesan Imam al-Ghazali; ”Jika ingin melihat masa depan sesebuah bangsa/negara, lihatlah kepada pemuda-pemudanya”

Jangan sampai kita yang mengaku dan berbaiah sebagai pejuang-pejuang Agama Allah (ISLAM) sebaliknya hanya tumang-tumang yang membiak anai-anai dan meruntuhkan Agama Allah (ISLAM).


”Saya pergi ke Paris lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah saya bertemu Muslim tanpa Islam. – Muhammad Abduh.

AYAQ – Geybang Kopi Tiam.


“Bangau..Oo..Bangau…Mengapa engkau kurus..?”, lagu rakyat ini cukup di-ingati dari generasi ke generasi.Lirik lagu yang berupa sindiran dan nasihat sebati dengan kehidupan masyarakat Melayu  khususnya. Ini lah sikap masyarakat Melayu yang membantutkan pembangunan dan kemajuan dalam apa bidang sekali pun samada bersifat jasmaniah serta rohaniah. Bukan butir punca untuk menyelesaikan permasalahan dan kata sepakat untuk kebaikan bersama yang dibahasi, acara bersilang telunjuk yang dighairahi.

Di layar politik tidak terkecuali, parti-parti yang berteraskan Melayu juga terbawa-bawa ‘berkaraoke’  mewarnai watak dan babak politik kepartian mereka. ‘Pepatung’ politik Melayu ‘berdendang’ bersilang telunjuk bagai ‘irama dan lagu’, usahkan bersilang, berkerat telunjuk pun bisa..! Lawak loqlaq ‘Lan Petpet’ semasa menonton pasukan Hijau Kuning berhempas di Stadium Darul Aman pun rasanya tak seloqlaq kelaku depa.

Dia nu kata dia ni buat...!, dia ni tuduh dia nu la punca..!, hang tunjuk aku, aku tala kat hang..lepaih tu, pakat muncung sana..juih sini..!, Pantang silap sikit...kira nk selinap hang aku ja...tu la bangsa aku!..cemuih sungguh..!! Macamana la..nak boleh berkira sama…, orang lain yang kenyang, lepaih tu kira dok nak berdengki.., kata orang paw dia..paw apa?..dia yang sua..!

Yang perit tu dah la masyarakat celaru, pemimpin – pemimpin pulak dok lawan siku..Dato’ Sri Jean sauk siku kat dagu..!, Dato’ Ir Awi lonjak sambei junam siku kat daei...!. Depa dok sibuk menyiku hang aku tu kononnya nak bela rakyat, padahai rakyat dah tepenyek kena latam, yang sebenaqnya depa dok ketagih ‘janda benggali’ rupanya. Yang kita tak berkenan tu bukan apa, cerah pokok kekabu orang kampong depa ramu habuan nak buat bantai penyedap. Nak kira macamana tu awang oii...!

Dato’ Ir  Awi dengan Det Mengtadu, punya la melahaq kalah kerbau balaq, depa ’pejanda’ si gadis yang manis sampai jadi ’Benggali’ naik lunyai bantai kekabu...!, ’ghhh’...mana ada..!, muleh kat Dato Sri Jean jenuh bertungku la pulak, arang dapur dengan daun gelenggang orang kampong pulak jadi mangsa.

Uuiiihhh....mana ada jalan kalu lagu ini, sampai bila kami nak dok kena ’paw’ ( budak sg.pau... kaw2 punya paw..hangpa mau tau..!) orang kampong baguih punya dok kena santaw..ada hangpa kesah..?, ingat ka bila bertukaq ’Tok Laki’ , paling kurang  ”Benggali’  boleh berubah jadi ’keling’ pun kira sempoi la , kalau kut nak berubah jadi ’melayu’ balik tak dan dah..!

Sekaaliii..!,

’Tok Laki’ baru baka ’Tok Arab Badwi’ daaaa..!! Nasib ko la Tipah oii..!!!

Wednesday, October 6, 2010

AYAQ : ‘Political Manuevering Exercise’ yang mengorbankan rakyat dan negeri ?



Muka depan tabloid Sinar Harian (Utara) Selasa, 05 Oktober 2010 memaparkan kata-kata amaran oleh YAB MB kepada BN supaya jangan  kacau kerajaan negeri dengan terus putar belit isu kenaikan tarif air.  

Gambar Hiasan.
“ Saya tahu siapa terlibat dalam pemilihan itu, siapa dapat hak bina loji dan paip, termasuk pemimpin BN mana yang ada kepentingan dalam perjanjian air. Cuma saya tak mahu dedahkan. Sebelum ini. Mereka swastakan pengurusan air di Kedah, manakala kita hanya korporatkan.”

Daripada kenyataan amaran oleh MB itu, jelas menunjukkan bahawa isu tarif air telah dijadikan senjata atau  alat politik kepartian dengan mengorbankan kepentingan dan memperjudikan kehidupan rakyat.

Kerajaan yang dipimpin oleh PAS berjanji  untuk berjuang bagi mensejahterakan negeri untuk dinikmati oleh semua rakyat, ironinya mengambil pendekatan jauh tersasar dari nilai dan terma yang diperjuangkan.Islam dengan jelas melarang air daripada diniagakan apatah lagi jika melibatkan penyelewengan yang menjejaskan hak dan kebajikan rakyat.

Penyelewengan merupakan satu kezaliman berupa jenayah yang mesti dihentikan dan dihukum pelakunya. Kezaliman tidak seharusnya disembunyikan, apatah lagi yang dilakukan oleh pemimpin yang diamanahkan tanggungjawab telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat.Amat jijik bagi sebuah kerajaan yang mengaku mengamalkan urus-tadbir yang telus dan adil hanya akan mendedahkan penyelewengan jika sipelaku terus mengganggu-gugat kuasa dipegang.Bermakna, sekali lagi rakyat dikorbankan sebagai ’perisai’  untuk menghadapi lawan politik.

Rakyat terus dibebankan dengan kenaikan sedangkan penyelewengan dibiarkan hanya kerana kepentingan kuasa politik.

DI SARANKAN AGAR SEBUAH SURUHANJAYA DI-RAJA ATAU JAWATANKUASA BEBAS YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA DEWAN UNDANGAN NEGERI SEGERA DIUJUDKAN UNTUK MENYIASAT PENYELEWENGAN YANG DILAKUKAN, SEHINGGA MENYEBABKAN RAKYAT MENERIMA PADAH DARIPADA PERLAKUAN PEMIMPIN YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN MENGKHIANATI AMANAH RAKYAT.

Allah berfirman yang bermaksud:" Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) memerintahkan (melakukan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah. sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang yang fasiq." (Surah Ali 'Imran 3:110)