Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Wednesday, December 29, 2010

SEMPADAN KETAATAN.

Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: “Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Setibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut. Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata: “Kita harus lari dari api itu.” Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW. Maka beliau bersabda: “Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti.”Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut: “Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan.”    (Muslim)

Huraian:

Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. 

Manakala kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan seharusnya tidak ada hijab yang menghalangnya. 

Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar, maklum tentang wajib dan harus akan memberikan kita gambaran sejauh manakah sesuatu perintah seseorang ketua itu wajib ditaati.

Sekadar pertimbangan akal semata tidak ada jaminan yang sesuatu perintah itu wajib dipatuhi. 

Sekadar ukuran logik dan rasional juga tidak memadai. 

Sekadar berpandukan orang ramai yang juga melakukannya juga belum ada jaminan ia selari dengan syarak. 

Justeru hanya sifat manusia yang memiliki jiwa hamba yang tinggi yang akan patuh dan taat kepada perintah Allah. 

Keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng.

Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. 

Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilih jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.

4 comments:

otaklunyai said...

ALLAHUAKBAR!!!! tidak ada sebesar2 perintah yang WAJIB ditaati selain dari perintah Allah S.W.T. Dan tidak ada semulia-mulia pemerintah selain dari yang memerintah dengan adil dan saksama serta mendaulatkan hukum Allah. Bukan hanya berpura2 menjaga agama Allah. Marilah kita sebagai rakyat yang ditindas berdoa dan bermunajat semuga Allah S.W.T membantu dan memberi jalan keluar yang terbaik dari fitnah yang dirancang ini. Dan semoga Allah S.W.T menghapuskan mereka yang khianat dan bermuka2. Amin Ya Rabbalalamin...

BILLYtheKID said...

Ameen..!

Anonymous said...

PERINGATAN BAHLUL KPD SI BAHALOL..

Suatu hari, Bahlul masuk ke pej MB Kdh, dia tengok bangku MB kosong,terus dia duduk. (sebgi ingatan, menjd kesalahan besaq dok ataih bngku MB apa lg nk mimpi ganti MB). Bila puak2 MB nmpk(Pk Chop n the geng) pa lg, siap kena penampaq,penumbok, sepak teqhajang,lengkap. Bahlul teqheyiak sakan la. MB masuk, dia jerkah, hang sapa? mai buat pa? Sambil menahan sakit Bahlul bgtau , dia nk bg nasihat kt MB.. degaq tu ka, hangin satu bdn la MB, Nasihat? Hoi budak kayiaq, hang sapa? Sapa hang nak ajaq aku..? Aku MB hang tau dak, dulu pensyarah.. aku tau semua, hang apa tau!!!!!.....
Bahlul x peduli, dia terus cakap, “Wahai Raja, aku cuma duduk di tahtamu sekali tapi mereka telah memukuliku dengan begitu keras. Apalagi kau, kau telah menduduki tahtamu selama dua puluh tahun. Pukulan seperti apa yang akan kau terima? Aku menangis bkn kerna sakit di pukul, tapi karena memikirkan nasibmu yang malang…

Anonymous said...

pukulan azab kubur! Moga Allah mengasihani roh Azizan kelak yang ketika ini asik berbangga dengan pangkat dan takhta. Rintihan golongan tertindas dibalasnya dgn kata-kata kurang sedap didengar. org2 jahil menjadi penasihatnya. kroni2 dia shj yg mendapat habuan balak Kedah.. aminn

Anti Azizan Laknatullah