Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Tuesday, December 14, 2010

KUIN-IJM : BDB vs Kedah Sato.

Menara BDB menjadi mercu tanda Komplek Alor Setar dengan ketinggian 10 tingkat. Bangunan reka-bentuk moden yang dimiliki oleh Bina Darulaman Berhad  sebuah SBK negeri Kedah yang disenarai awam di BSKL, khabarnya sedang menggelegak kepanasan dalam seminggu-dua kebelakangan ini.

Diberitakan suhu panas yang memuncak disebabkan berlakunya pertembungan diantara Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik dengan Pengerusi Kedah Sato, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar berhubung isu pelantikan IJM sebagai ‘Total Sub-Contractor’ kepada Kedah Sato untuk kerja-kerja membina dan menyiapkan kampus baru KUIN di Kuala Ketil. 

(nota: Kerajaan Negeri Kedah telah melantik Kedah Sato Sdn. Bhd. secara terus melalui konsep  ‘Design n Build’, Kerajaan Negeri turut mengenalpasti dan menjamin pembiayaan kewangan dari institusi-institusi kewangan.)

Dato’ Jahubar Sathik berkeras untuk terus melantik IJM tanpa melalui proses tender atau sebut harga. YB Dato’ Mahfuz dikatakan tidak bersetuju sekiranya pelantikan IJM tidak melalui proses tersebut. Beliau juga mahu diletakkan syarat agar kontraktor tempatan turut diberi peluang untuk terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang bersesuaian oleh ’Total Sub-Contractor’ yang bakal dilantik.

Perkembangan terbaru ini amat memeritkan untuk ditelan oleh Dato’ Jahubar Sathik n The Gang ( Din KoKo dan YB Din Anak Bukit ), manakan tidak perancangan yang telah disusun-atur berbulan-bulan lamanya dan sudah terlalu banyak yang dibelanjakan, tiba-tiba menghadapi halangan dan tentangan keras di saat akhir. Banyak kepentingan akan tergadai. ” Bangkai yang cuba disembunyikan, terhidu jua akhirnya.”   

Langkah terakhir yang mampu dilakukan ialah dengan memukul canang yang menyatakan bahawa YB Dato’ Mahfuz Omar menentang pelantikan IJM kerana didalangi oleh beberapa kontraktor Cina di belakangnya. SMS sedang berlegar-legar dari inbox ke inbox. Din KoKo perlu berkeras mematahkan tentangan dan halangan demi membuktikan kesetiaan dan menyelamatkan kepentingan yang bakal tergadai.

Tahniah..!, YB Dato’ Mahfuz Omar.

7 comments:

Carlito said...

Din Koko Si Kuda Pony dan Sathik Sigaraga mengganas kembali ke? ingatkan dah insaf dah..Org tua tu mmg gila kuasa. Dah la byk abuse power, kini nak makan 'haun' drp IJM plak ke? masih dok guna taktik memburukkan org ek? Kali ini, YB plak kena...keh keh keh. Apala bengapnya org2 kat WISMA ini. Masih dok konpiden dgn mamaq dan ulaq ayaq ni lagi ka?? sales umah pun drop, performance pun tak kemana. MMg budus la hangpa...nasib2x...

Anonymous said...

Helang Kedah,

"Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik dengan Pengerusi Kedah Sato, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar"

Hoi, awat pelek sangat ni. Pi check fakta-fakta dulu sebelum nak balun orang.

Ada ka YB Mahfuz jadi Chairman Keda Sato, dia dok bawah lagi dari Jahubar. Bawah dari Chairman BDB.

Awat orang Kedah dok Alor Setaq, bangap2 belaka.
Aku orang Kedah dok Luaq, celik sikit.

Frm HHalem

Black said...

Belum apa-apa dah bagi tahniah kat Mahfuz.
Mahfuz ni ada power ka? Don't under estimate the power of Jahubar & The Gang. Sat gi Jahubar akan hantaq Dino The Kokonia pi jumpa Mahfuz, kirim sebungkus capati dengan teh ais..everything will settle. Mahfuz kalau nak suit tailored made nak pi Parlimen pun, Kokonia boleh atur..segalanya dibawah tanggungan Darulaman Realty.Tak caya tanya Jahubar..suit dia sapa tolong bayar..Kalau anak Mahfuz nak kahwin ke..bagi tau saja.. Kokonia akan hadiah kan gelang emas Poh Kong special punya. Tak caya tanya panglima jihad Darulaman Realty, Yusof Husin dan YB Roshidi..masing-masing sudah menikmati seronoknya berkawan dengan Jahubar & Kokonia.
Isu yang tak ke mana. Akhir yang menjadi mangsa, kami la kat BDB ni. Bonus Raya kami tahun ni pun tak ada langsung. Satu sejarah dalam pentadbiran BDB. Tahun 2010 punya bonus pun, belum tentu lagi. Nasib....

BILLYtheKID said...

ermmm..HHalem oiii...

aku nak kata apa kat hang pun tak tau...dok cari ayat yg sesuai..tak jumpa-jumpa..nak kata hang ni.. bengap..hang declare dah awai2 kata hang x bengap...so...BANGANG la kut nu..?

habih..dah x dak ayat nak kata..hentam ja la labu oii...

Black said...
This comment has been removed by the author.
Carlito said...

camna nak bonus kalau kampeni tak perform? sebab tu la nak amik IJM, depa financially strong dah..so thn depan baru la masuk bonus utk staff2 BDB. Lagipun Din Koko dan Tn haji Jahubar bole kawtim habuan dgn IJM per..mark up la skit kat mana2 kan..problem bole solve per..Mahfuz ni saja jer bising kejap. Biarlah dia nak tunjuk dia 'peka'. Tapi hakikatnya, tak sampai kemana...Puak tu masih dok melanun gak. Dah takda bezanya UMNO dan PAS skrg...2x5.

Anonymous said...

lorrr... mamak sathik ni dah start balik ka... dulu masa dia kat darulaman reality dia dah sapu... lepaih tu dia dok sat kat PKNK sanusi junid buang dia sebab mmg ulaq... pastu pi bertam mmg macam2 dia buat kene mintak keluaq ( kalau nak tau..tanya orang2 kat kelab golf bertam apa dia buat)... lani dia dok sapu baekk kat BDB sebab kononya dia sokong PAS... hahahahahahaha... lawak..lawak... hampa orang2 BDB curi buat search sikit pasai dia... ulaq yg kumpui harta dengan mengulaq.....