Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Friday, December 17, 2010

KUIN – IJM : Sebuah Pengharapan. ( BDB vs Kedah Sato)


Isu berkaitan pertembungan Yb Dato’ Mahfuz Omar dgn  Dato’ Jahubar Sathik berhubung projek KUIN dan IJM telah mendapat reaksi berbagai-bagai samada melalui komentar diblog dan sebahagian terus email ke inbox Billy. Semua yang memberi reaksi sedar dan akur serta perihatin akan perkembangan yang berlaku, ianya bukan isu remeh yang boleh dibakul sampahkan begitu saja.

Majoriti meragui kemampuan YB Dato’ Mahfuz untuk terus teguh menghadapi pertembungan ini. ‘God Brother’ Dato’ Jahubar, iaitu YB Dato’ Din Anak Bukit pasti akan memainkan peranan untuk menaungi adindanya. Keakraban beliau dgn YAB ‘God Father’ merupakan senjata ampuh yang mampu menundukkan YB Dato’ Mahfuz.

Dato’ Jahubar tidak mungkin tunduk dgn mudah, apa yang diusahakan dgn IJM merupakan ‘retirement plan’ beliau. ‘By hook or by crook’ beliau perlu memastikan IJM dipilih samada secara lantikan terus atau terpaksa melalui proses tender atau sebutharga.

Jika proses tender atau sebutharga diadakan, YB Dato’ Mahfuz perlu juga memastikan proses yang tersebut telus dan kata pemutus terletak kepada ‘BOD’ Kedah Sato.
 
Ada komen yang mengingatkan agar tidak memandang rendah akan kemampuan dan kelicikan Dato’ Jahubar & The Gang. Ya, beliau sgt licik, pandai berpura-pura serta bermuka-muka.

Semasa mula-mula memegang jawatan GMD  BDB era PR di Kedah, beliau menyatakan beliau hanya ingin menolong sebuah kerajaan Islam dan sanggup mengorbankan kesenangan dan meninggalkan perniagaan beliau dgn menerima gaji sebanyak RM17K sebulan sahaja. Kereta Mercedes pun  beliau serahkan kepada anaknya dan hanya menggunakan kenderaan rasmi BDB; Perdana V6 Executive.  

‘kusangkakan panas hingga kepetang tetiba hujan ditengah hari’. Sekadar setahun cuma sandiwara berlangsung, di tahun kedua, beliau telah memohon untuk sebuah Camry 2.4 sebagai kereta rasmi angka plat nombor …786 (KIMMA) dan pernah mengugut untuk meletak jawatan kerana gaji beliau hanya dinaikkan kepada RM23K sahaja, beliau inginkan sekurang2nya RM25K keatas. Disinilah bermula ‘akai 786’ untuk menyediakan ‘rancangan persaraan’ beliau. Terbaru, beliau mendapat sebuah lagi kereta rasmi jenis Pajero Sport KCV 5522. ( 3 unit kereta rasmi untuk GMD BDB ).

Harapan rakyat Kedah usah disia-siakan, YB Dato’ Mahfuz Omar wajib teguh dan istiqamah untuk memperjuangkan isu yang sangat signifikan ini.


1 comment:

AK 47 said...

Tolong kami..Bantu kami...Anak-anak..syarikat BDB.... (2x)

Kalau tuan..hati mulia...bantu kami...dari penangan 2 Paria...

Agar dapat kami rasa.. hidup nikmat Kedah Sejahtera...

Duit company.. depa jolly gila..masuk poket..pi berjalan rata...

Jahubar minta...Din Koko merak.. ..Amiruddin lip-pop...rheja nganga..

Chorus:

Aduhai insan-insani..tolong lah kami...

Allah akan beri rahmat.. Bonus kami tahun ni.. jangan la buat lupa..

Chorus:
Seperti enta yang punya..company mak bapak..

Tuhan tidak akan lupa...Pada pemimpin yang suka buat..naya...

Tolong kami..Bantu kami...Anak-anak..syarikat BDB.... (2x)

Kalau tuan..PAS 4 All...Hati-hati..geng mamak..kutty...