Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Friday, January 21, 2011

Tazkirah - ' Ana khairun minhu.'

Takabbur sebenarnya adalah hak eksklusif Allah s.w.t. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabar-Nya. Orang yang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi.


 Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: ' Kesombongan adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti Ku lemparkan  ia ke dalam jahanam'." (Riwayat Abu Daud no. 4092 dan Ibnu Majah no. 4147)


Takabbur sering menyerang individu yang mempunyai potensi. Lebih banyak potensi  yang dimiliki oleh seseorang maka lebih terdedahlah dia kepada sifat takabbur. Semuanya gara-gara merasakan diri 'lebih' dan orang lain 'kurang'. Berasa diri mulia, orang lain hina. Rasulullah s.a.w. memberi definasi yang tepat dan padat tentang takabbur menerusi sabdanya yang bermaksud:."...sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina makhluk." (Riwayat Muslim no.275)

Para Ulama menjelaskan ada tiga (3) ciri utama individu yang takabbur. Ciri-ciri itu adalah:

>   Merasa diri lebih baik.


>   Menghina orang lain

>   Menolak kebenaran.

Ketiga-tiga sifat itu menyerang manusia dalam bentuk pakej. Ketiga-tiganya datang serentak. Ia saling berkait antara satu sama lain. Apabila merasakan diri lebih baik, mulia dan tinggi, seseorang itu cenderung memandang orang lain buruk, hina dan rendah. Apabila dua sifat itu mendominasi seseorang maka dia akan jadi terlalu obses terhadap dirinya sendiri. Ketika itu dia akan menolak apa sahaja pandangan, saranan dan teguran daripada orang lain walaupun benar.

Hendaknya kita dapat membezakan antara takabbur yang terkeji dengan harga diri yang terpuji. Orang yang mempunyai harga diri (izzah dan maruah) memandang dirinya tinggi kerana Islam, bukan atas sebab-sebab kehebatan diri sendiri. Individu yang mempunyai harga diri yang tinggi merasakan dirinya berkemampuan, berkeyakinan dan berhak untuk berjaya dalam hidup hasil keyakinannya kepada Allah.

Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi sangat menghargai orang lain. Mereka melihat dunia sebagai medan 'perkongsian' untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan. Para rasul, nabi, sidiqqin, syuhada dan orang soleh adalah mereka yang mempunyai harga diri yang tinggi.Mereka sentiasa mendapat inspirasi daripada ayat al-Quran ini: "Jangan kamu berasa hina dan jangan kamu berasa gentar. Kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman." (Surah Ali 'Imran 3:139)

Dan hasil pertembungan antara harga diri dan takabbur inilah yang berlaku sepanjang sejarah perjuangan mendaulatkan Islam. Yang berjuang menegakkan Islam mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana keimanannya, manakala yang menentangnya juga disebabkan keyakinan kerana ketakabburannya. Terdapat garis pemisah yang sangat besar antara kedua-dua sifat itu walaupun impaknya kepada diri seolah-olah hampir sama.

Orang yang takabbur sukar menerima kebenaran. Hatinya menjadi terlalu keras untuk terus mempertahankan keegoannya walaupun kebenaran sudah diakui oleh hati kecilnya (fitrah). Namun hati besarnya (takabbur) akan terus menolak kerana bimbang kedudukan atau status sosial akan tergugat sama ada oleh kebenaran itu sendiri atau oleh pembawanya.

Inilah yang berlaku kepada Abu Lahab, Abu Jahal dan lain-lain pemuka Quraisy yang merasakan jika mereka menerima Islam dan kerasulan Muhammad s.a.w. mereka akan hilang 'kerusi' kepimpinan di Makkah. Rasulullah s.a.w. mengingatkan menerusi sabda Baginda yang bermaksud: "Terimalah kebenaran itu walaupun datangnya daripada hamba yang berkulit hitam dan berambut kerinting".

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam kitab Syu'ab al-Iman daripada Umar bin al-Khattab katanya:
"Sesiapa yang bertawaduk kerana Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya. Ia sangat hina dimata sendiri, namun sangat mulia dimata orang lain. Dan sesiapa yang menyombongkan dirinya, maka Allah akan merendahkannya. Sehingga ia menjadi sangat besar dimatanya sendiri, namun sangat hina di mata orang lain. Bahkan ianya lebih hina di sisi mereka daripada seekor khinzir atau anjing."

19 comments:

Orang Kampung said...

Tulisan tuan sangat menarik, izinkan saya untuk menambah sedikit,iaitu untuk menghilangkan sifat u'jub, takkabur, atau seumpama kenalah selalu berdamping diri dengan al-Quran dan al-Hadis. Ruku' dan sujud di dalam solat adalah sebahagian elemen latih diri untuk menjadi seorang yang tawadhu'.

Anonymous said...

"Terimalah kebenaran itu walaupun datangnya daripada hamba yang berkulit hitam dan berambut kerinting".

Yang silapnya, MB pi ambik kebathilan daripada mamak yang berkulit hitam dan berambut putih.

Anonymous said...

Tak salah apa sebab ostat tau pasai hadis ni, bukahkah ostat pakar hadis...

Anonymous said...

wei billy the kid,ank tulis sifat or takabbur :
1) hina org len
2) merasa lebih diri lebih baik
3) menolak kebenaran
smua ada kat ank.tak malu ka wei?

anonymous yg duk kutuk mamak.aku melayu sama dgn ank kena tunduk muka ja bila jumpa member2 mamak aku.islam mana ada melayu,mamak smua.ank sesat ka wei? kalau ank org arab takpa la jugak nak berlagak.pi mampuih la bengap wei.

Anonymous said...

Billy, sila teruskan tulisan hang tu. jgn layan mamak celup sorang ini.
Org bukan nak kutuk mamak sgt, tp kalau kat mana2 pun, mamak mmg perangai bodek bagus. tp layan org bawahan cam kasta rendah. Sebab tu org tua penah kata, kalau hampa jumpa mamak dan ular, hampa katoq mamak tu dulu..so hang toksah la nak belagak defend geng mamak. Mamak yg tak kacao org, kami pun hormat la..mamak haramjadah dok pedajei org, mmg kami anti. sama gak la mana2 bangsa berperangai cam ni. Cuma mamak jer yg terkenal dgn sifat2 ini..

geng jabi

Anonymous said...

awat wei kalau melayu baguih sgt ka? ampa layan smua org fair n square ka? ank cuba jadi org atasan dlu.lepas tu layan org bawahan bek2.baru bleh buka mulut comment kat org len.kalau tu pun tak layak,tutup mulut ja.org mcm ank ni,dpn org senyum smpai telinga nk ambik hati.blakang org dok kutuk tak mau2.sapa pedajei sapa la ni? sedaq diri dulu mat oi.

Anonymous said...

sudah la hang mamak celup..sila balik india

Anonymous said...

keturunan ank bkn melayu original.kut mana pun ada jgak campuq india ka siam ka.jgn nk ckp byk.berlagak lebih bkn dpt apa.

Anonymous said...

kurang-kurang kami tak le separiah macam kaum hang. kaki putar alam. kaki kedarah duit syarikat. tunjuk alim konon. inferiority complex. kedekut taik hidung masin. sikit-sikit pakai duit company. kalau buleh, beli seluar dalam pun nak pakai duit company. dasar keling

BILLYtheKID said...

Salam, wahai semua 'anoy2', berhujah la elok-elok..jangan jauh tersasar..kita masing2 ada pertanggungjawaban yang dipikul.

Tuan Rumah.

Anonymous said...

Orang melayu tak pernah nak sedaq. Aku dok tengok kalau orang cina bila dia dok sorang2 dia pikiaq nak luaskan perniagaan kat tempat dia, bila mai lagi sorang depa bincang nak tambah lagi biz dia begitulah seterusnya sampai jadi empayar sampai ada duit jadi kaya. India pulak kalau dok sorang2 dah ada sebotoi dah, mai lagi sorang jadi 2 botoi dah mai lapan orang dah jadi lapan botoi,lama2 pakat buat geng jadi kongsi gelap ada gak hasilnya dan still bole buat duit jadi kaya..mai tang melayu bila dok sorang2 otomatik jadi papparazi..( sibuk nak tau hal jiran keliling dia celah tingkap, itu kalau dalam umah sendiri,kalau dia kat umah jiran dia,kain jiran dia pun dia selak silap2 ) mai lagi sorang jadi dua papparazi dah, bertambah lah cita depa tu dari jiran dia ke jiran kawan dia begitulah seterusnya sampai dengki mendengki.last2 yang asal beniaga jadi bangkrap, yang dok keja elok2 tak mai keja, yang hati ikhlas selama ni jadi tak ikhlas,asal kawan jadi lawan, asal satu parti jadi 2 parti last2 hancoq.lama dah melayu dok lagu ni.buat blog nak rosakkan bangsa. Melayu apa mcm ni? Dok maki mamak tapi depa dok kaya mcm tu gak. Ptuih..

Anonymous said...

(Surah AL-HUJURAT: Ayat 11 & 12)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok),..Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk.Seburuk-buruk panggilan yang buruk adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman.Dan barang siapa tidak bertaubat,maka mereka itulah orang-orang yang zalim"


"Wahai orang-orang yang beriman!jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain,dan janganlah ada di antara kamu yang menfitnah sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu berasa jijik. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang"


(Surah AL-MA'IDAH: Ayat 2)

"..dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.Bertaqwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah sangat berat seksa-Nya."


(Surah ALI-IMRAN: Ayat 135 & 138)

"dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."


"Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia,dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertaqwa."



Sekadar untuk renungan bersama, semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua. Amin Ya Rabbalalamin..


- PEJUANG ISLAM SEBENAR & TULEN -

Anonymous said...

Wahai pejuang Islam sebenar lagi tulen, hang bawa 3 surah tu, hang pi baca depan Jahubor GMD BDB ni..dengan GM DRSB Dino The Bambino tu..
Tak cukup dengan surah tu, hang print sekali surah,hadis & mutiara kata yang Billy duk tulis..
Semua tu kena sangat kat 2 makhluk tu..

Anonymous said...

Pejuang Islam yang sebenar dan tulen...bermakna ada la juga pejuang Islam yang palsu dan tiruan...? ermmm..'ana khairun minhu'...!!! Innalilahiwainailaihirrujiun.

Anonymous said...

wei anon.hang jgn nak mengata kat org.hang belum tentu akhirat nanti selamat ka dak.bila ada org tulis surah dgn hadis smua,kita patut sama-sama hayati.bkn nak mengata kat org.mak pak tak ajaq ka?

Anonymous said...

Kalau nak selamat di akhirat bukan setakat hayati saja..kena amalkan. Surah dan Hadis yang ditulis semuanya berkenaan orang...tak kan nak kata kat kambing dengan lembu kut..? Kena belajaq daripada guru yang 'Murshid', kalu mak pak ajaq sekalipun tapi x betui..x terpakai jugak no..!!

Anonymous said...

tapi kalau rasa mcm diri tu bagus sgt smpai nk mengata kat org len tu dah jadi takbur.cermin diri dulu.terima la nasihat

BILLYtheKID said...

yang nak bagi nasihat tu..dah cerminkan diri ka dak lagi? kalu tak tak dak cermin..hang kencing dalam tempurung lepaih tu suluh muka hang tgk..no..!

Anonymous said...

Billy, depa kena suluh muka pakai toslet led punya..baru la nampak..kalau tidak..kelaammmm....