Sinar Harian bertarikh 11hb.Jan 2011 yang lalu menyiarkan kenyataan daripada YB S.Manikumar, Exco Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Kedah Communication and Events Sdn. Bhd. (KCE) bahawa KCE tidak akan ditutup.
Hasil mesyuarat yang diadakan antara ALP KCE dan PMBKED memutuskan agar pengurusan KCE diberi masa meneliti semula operasi atau berhadapan dengan penstrukturan semula. Juga dimaklumkan bahawa antara punca krisis ini ialah salah faham di antara pengurusan KCE dan teraju PMBKED.Berdasar maklumat dari sumber dalaman memberitahu bahawa kenyatan yang dikeluarkan sekadar untuk meredakan keadaan sahaja.

Operasi KCE telah hampir 7 bulan dibekukan. Menurut sumber, KCE tidak akan ditutup sebaliknya akan digantung bermula 31hb.Januari 2011. Kakitangan akan ditawarkan pampasan 3 bulan gaji.
Sinar Harian juga memetik, KCE dikatakan mengalami kerugian sebanyak RM4 juta ringgit semasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Jika benar ianya merupakan sesuatu yang amat mengejutkan.
Dalam tempoh 3 tahun beroperasi, kerugian yang dicatatkan adalah sangat meragukan. Siasatan awam diperlukan untuk memastikan apakah punca yang menyebabkan kerugian yang sebegitu tinggi dialami.
Adakah disebabkan kelemahan dan kegagalan pengurusan atau ujud unsur-unsur lain; campur tangan politik; penyelewengan.? Rakyat berhak untuk mengetahui hasil siasatan yang dilakukan kerana ianya melibatkan wang rakyat.

1 comment:
YB PAS ngan YB PKR....... Nak tunjuk kata PAS utk semua. Ketayap sanggup buang bagi org pakai.....
http://sungguhka.blogspot.com/2011/01/apa-cerita-ni-yb-manikumar.html
Post a Comment