"Diam Ubi Berisi, Diam Kedah Berdaki". Politik negeri Kedah yang dikatakan tenang dan stabil kini kian berkocak dan semakin hilang keseimbangan. Bukan kerana serangan luaran dari pembangkang (UMNO/BN) tetapi oleh faktor-faktor dalaman.

Terkini, YAB Dato Sri Ustaz Azizan bin Abdul Razak telah disaman oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Insaniah Sdn. Bhd. (KUISB) yang gagal mengemukakan laporan tahunan syarikat kepada SSM.

KUISB juga dikatakan sedang mengalami masalah kewangan yang sangat meruncing sehingga menyebabkan gaji kakitangannya telah tertunggak selama dua (2) bulan, disamping menanggung beban liabiliti kos operasi dan hutang niaga yang tinggi.

Kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS Kedah disarankan agar memberi perhatian yang serius dan segera bertindak menangani perkembangan yang sangat membimbangkan mutakhir ini. Jangan sampai 'nasi sudah menjadi bubur'.

Kepentingan negeri dan rakyat tidak wajar untuk diperjudikan demi melindungi kelompok atau individu tertentu. Kelemahan dan kepincangan yang jelas ujud perlu diatasi secara tegas dan tuntas ( 'at all cost' ). Kompromi yang berterusan tanpa had dan sempadan hanya akan membuka ruang dan peluang kepada kezaliman serta peraniayaan.
3 comments:
perkara kecik shj bagi Al Maksum Ostat Azizan. Dia boleh perah GLC bayaq kat dia. GLC kang kaya raya. Takdak masalah buat Ostat Azizan.
Masalah dia dah tua, kadang-kadang angin kus-kus mai, terpelanting habis org. Tapi lama mana sangat org tua tu nak tahan..tgkla nanti..ke kubur gak..bersama-sama dengan kemegahan dia sebagai MB Kedah.
Dia juga ada penasihat yang berpencen cekap dan pintar Pak Chop nama nya.Bijak bistari..kuat bodek dan menjilat Azizan..sekarang apa dah jadi
Macam mana duit nak bayar gaji pun tak dak ni. Duit yang UMNO tinggai dulu dah habis ka .Mudah saja minta kat LGE penang tu ,lepas tu gadai mana tanah yang boleh. Selesai masalah no.
Post a Comment