
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, kaedah pengurusan projek yang diamalkan oleh Kedah Sato dalam projek Kampus Induk KUIN ini dikatakan agak janggal dan meragukan;
1. Tender yang disertai oleh 6 kontraktor diabaikan dengan melantik IJM secara rundingan terus. Kewibawaan 6 kontraktor seakan tidak langsung di-iktiraf walaupun layak menyertai tender yang bernilai RM180juta. Mereka pasti mempunyai kemampuan kerana penyertaan mereka bukan percuma. Benar, IJM bereputasi tinggi, tapi tidak terkecuali dari kewajipan mengutamakan etika dan nilai ketelusan yang tinggi dalam persaingan perniagaan.
2. Dokumen tender disediakan sepenuhnya oleh Kedah Sato tanpa penglibatan kumpulan juru-runding yang telah dilantik. Amalan semak dan timbang telah diketepikan, yang mana secara tidak langsung akan membuka ruang kepada amalan korupsi.
3. Rundingan timbal balik dilihat tidak memberi kelebihan kepada Kedah Sato dan kurang bijak, walaupun Bina Kuari juga sebuah subsidari Bina Darulaman Berhad. Tindakan YB Dato' Hj.Mahfuz Omar sangat bertepatan sebagai Pengerusi yang bertanggungjawab dan bertegas melindungi kepentingan Kedah Sato Sdn. Bhd.
bersambuing...
No comments:
Post a Comment