Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Tuesday, November 30, 2010

Krisis dalaman KCS

Berikut adalah sms yang berlegar inbox kakitangan kerajaan dan orang2 politik di Kedah. Tuan empunya SMS ini ialah Dato' Fuad Md Ali. SFO Kedah. Tersesat ke inbox Billy la plak..walau tak tau apa tujuan nya sampai boleh tersesat mai, tapi Billy rasa ada baik juga kalau diketahui oleh semua rakyat Kedah yang perihatin.

Asmkm AJK Pers PTN Kedah, Senior KCS dan mreka yg berkenaan.Memndgkn terdpt usaha bertrusn utk mengaibkan saya dan isteri, saya dgn ini mmbri aku janji tdk akn sekali2 melobi atau berusaha utk menjadi YB SS.Saya berstju persatuan memilih dan memprakukn utk menymbung atau melantik SS baru yg berkelayakan.Cuma saya minta diberi pluang utk terus brkhdmat sebgi SFO hingga umur bersara.Semoga akujanji ini meredakan konflik semasa dan kita boleh meneruskan bidangtugas masing2 demi kemjuan Kedah.Amin yaRobilalamin.


Seperti kandungan asal sms tersebut tanpa di edit walau satu huruf pun hatta titik dan spacing pun tidak dubahsuai.

Billy akan mengulas dan menghuraikan krisis ini dalam posting yang seterusnya sekiranya diberi keizinan oleh Allah s.w.t. InshAllah.

Tuesday, November 23, 2010

Jubli Perak Memperingati Syuhada Memali.

Tahniah...Pemuda..!!

Semoga tiap lembaran jurus atau derap tindakan waima sezarah sumbangan, hatta sepekik sokongan yang termampu di-ikhlaskan demi menjayakan  Jubli Perak (25thn) Majlis Memperingati Syuhada Memali bakal dikurniakan hidayah dan rahmat Allah swt serta beroleh ganjaran barokah yang berbilang ganda.   

Detik bersejarah yang menzahirkan teguhnya iktikad kebenaran yang hakiki. Tegas dan berani, tiada ragu maupun gusar demi iltizam menentang kezaliman sang penguasa yang ditunggangi nafsu;  istilah tunduk, patuh atau akur ternoktah sudah tatkala keangkuhan merajai kuasa yang diamanahkan.


Pemuda;

Beristiqamahlah, usah berpaling dari jalan kebenaran serta  hindarilah panahan fitnah zaman dan beroleh pertolongan serta dipermudahkan lontar langkah untuk merentasi denai mehnah dan ranjau tribulasi yang menghampari manhaj perjuangan.Perteguhkan ukhwah, selaraskan niat pada titian keimanan serta rangkuman taqwa, tetap yakini hasrat dan ikhlaskan hajat hanya sanya demi mencapai redho Ilahi.

'Ish 'Azizan Auw Mut Syahidan...( "...dari hidup bercerminkan bangkai..." - As-Syahid Ibrahim Libya) Allahuakbar!!!.

"Pemuda hari ini, cerminan masa depan."

Tidak bermulanya suatu ketamadunan tanpa susuk- teroka PEMUDA yang bingkas mengasak kejahilan, tegap menentang kezaliman serta gagah meruntuhkan kebatilan.

'MEMALI', mengertilah..! ianya suatu pengabdian bermeteri, bukan sekadar kerangka berkanvas yang dihiasi rona-rona retorika seindah pelangi, selayaknya hanya terpaku pada dinding batu yang kaku dan bisu. Malang sekali, sekira ianya bagai suatu ritual yang dilazimi secara tahunan untuk mencuci daki dosa dan memulihkan semangat yang hilang persis dipinggiran Gangga.  



Pulang lah wahai PEMUDA, usah lesu dan leka, lazimi tuntutan yang tersedia...

Pemuda sewajarnya tegap bersusuk dan berjiwa segar. Peka dan kritis mendepani massa. Pantang berliuk lentuk dan beralah embun. Parah jika berantai kaki dan berterompah kayu. Punahlah Ummah dan tergadailah Nusa.

Wednesday, November 3, 2010

YAB Dato' Sri Ustaz Haji Azizan bin Abd. Razak.

Kepimpinan Ustaz azizan dan pendekatan yang diambil, secara teori dilihat sangat baik akan tetapi pratikalnya dilihat pincang dari sudut 'political mileage' kepada PAS/PR. Sikap beliau yang tidak konsisten telah mempengaruhi agen2 pelaksana sehingga mengundang kekalutan yang memeritkan.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu itu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran dari pada keimanan, dan barangsiapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim" (Attaubah : 29).

Sifat angkuh, bengis, ego dan serba tahu telah merosakkan karisma yang beliau miliki.Susuk ketrampilan beliau sememangnya dicemburui lawan tetapi dibenci kawan kerana pakaian dan selendang yang dipakai milik Allah swt yang diharamkan keatas hamba2 nya.

Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kesombongan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah selendangKu.
Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu daripada keduanya, nescaya Aku lemparkan dia ke dalam neraka".

Jika beliau mampu merubah dan menanggalkan sifat2 mazmumah yang mendaki ditubuh, beliau bakal muncul sebagai seorang pemimpin yang disegani lawan dan kawan.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum. - Riwayat Ibn Majah.

Beliau harus lebih kritis dan positif dalam memilih kawan dan lawan. Pembantu dan penyokong beliau harus beliau pelbagaikan jangan hanya yang melunakkan sahaja yg menjadi pilihan. Kencing manis kira ok lagi la...kalau kencing kawan..anjing lebih mulia.

Abdullah bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya akan terdapat (akan ada) orang-orang dari umatku yang pandai (amat faham dan ahli) tentang urusan agama dan membaca Al-Quran, mereka berkata:“Kami datang kepada para Raja (pemimpin), biar kami memperolehi keduniaan mereka dan kami tidak akan mencampurkan mereka dengan agama kami.” Tidak terjadi hal yang demikian itu, seperti (umpamanya) tidak akan dapat dipungut dari pohon yang berduri melainkan duri. Demikian pula, tidak akan dapat diambil manfaat dari mendekatkan diri kepada mereka itu melainkan beberapa kesalahan belaka.- Riwayat Ibnu Majah.

Tuesday, November 2, 2010

PAS, UMNO dan Azizan.


Dato’ Sri Ustad Azizan adalah kebanggaan rakyat Kedah dan susuk tubuh yang tidak kurang popular di kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menerajui negeri2 di Malaysia kini.

Penampilan beliau sebagai Menteri Besar yang pertama dari PAS di Kedah, disegani ramai kerana pendekatan lunak yang di-inspirasikan dari peristiwa ‘Fathul Makkah’ oleh junjungan besar Rasulullah saw.

Berbekalkan latar belakang pendidikan dengan gabungan daripada dua cabang Ilmu, membuat beliau dikagumi terutamanya ahli dan penyokong PAS / PR. Bagi UMNO /BN Kedah khasnya, beliau bagaikan ‘ubat pelali’ yang telah melonglaikan seluruh sendi dan anggota tubuh UMNO/ BN yang sememangnya sudah sedia lemah dan lesu.

Sokongan kepada kepimpinan beliau semakin diyakini dari hari ke sehari, benar – benar merimaskan musuh politiknya tetapi kepada rakyat negeri Kedah, beliau memberi sinar harapan baru melalui gagasan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’.

Ironinya, setelah 2 tahun 8 bulan beliau memikul amanah untuk memimpin Kerajaan Negeri Kedah yang lebih setengah kurun di terajui oleh UMNO / BN dengan ideologi sekular, kehadiran beliau dari PAS yang berteraskan dasar Islam membuat rakyat berdebar menanti untuk melihat dan merasai perubahan yang Islamik dalam kepimpinan beliau, telah benar-benar mengecewakan rakyat apabila tiada proses Islamisasi yang diperkenalkan. Bagi pencinta Islam, khasnya ahli dan penyokong PAS bagaikan ‘pungguk merindukan bulan purnama’.

Berbagai alasan diberikan untuk tidak melaksanakan Islamisasi secara jelas dalam pemerintahan beliau, usahkan dari sudut syariat malah secara syiar pun tidak terlihat dimata jauh sekali untuk dinikmati kesejahteraannya.

Bagi ahli dan penyokong PAS, tahap kesabaran sudah mencecah siling. Tidak mampu lagi untuk terus berendam duka dan berdendang kecewa, ditambah rasa terhina apabila disindir lawan dan rakan berkecuali, jantung bagaikan direntap – rentap rasanya.

Berbagai keluhan didengari, “kalu macam ni biar tak menang pun tak pa..” ,

lagi berani “kami lebih rela dikalahkan dalam PRU13 daripada menang tak dak beza dengan masa UMNO/BN dulu..”,

kedengaran juga..” kalu Ustaz Azizan tak mahu buat Islam, kita suruh dia letak jawatan bagi orang lain pula jadi MB, kalu dia tak mau turun..kita rentap bagi turun..”

dan “.. kita dok lawan nak menang pilihanraya bukan kerana nak buat baik dgn puak sekular tu..kita nak laksanakan Islam..dia pi dok buat baik dengan depa nu..siap turut depa lagi tu..kalu macam ni punya gaya..aku tak kelapaq buat kheja aiih..PRU13 ni…biaq kalah pi..buleh kat depa balik pun tak pa..daripada kita jadi macam depa..”

Kita tunggu apakah kata2 dan keluhan ahli dan penyokong PAS akan dizahirkan dengan pelakuan dan tindakan…kita tunggu…tungguuuu…!!!

Berkunjung Ke Rumah Wanita Pertama


 

Bukan, bukan wanita pertama yang saudara sangkakan. Yang saya maksudkan ialah rumah wanita pertama republik Islam Iran.


Ini adalah kediaman Presiden Iran di Narmak, Timur Tehran.




Keluarga Ahmadinejad terdiri dari dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Beginilah ruang tamu rumah seorang wanita pertama. 'Puan Ahmadinejad adalah seorang guru dan masih mengajar saat ini.

"Ahmadinejad disegani kawan dan digeruni lawan bukan kerana beliau seorang 'Pemimpin', tetapi kerana beliau  melaksanakan 'Amanah Kepimpinan' dengan mengimani suruhan dan perintah Allah SWT." BILLYtheKID

Monday, November 1, 2010

PAS dan MB Kedah.



Ada asas kepada telahan Nobisha bahawa YAB MB akan dijatuhkan oleh orang2 PAS sendiri bukan UMNO kerana ketrampilan yang lebih menyerupai UMNO dalam tindak-tanduk beliau memimpin kerajaan negeri. Pendekatan lunak beliau hanya indah seawal setahun enam bulan pertama menjawat jawatan sebagai MB.

Keangkuhan dan kebengisan beliau serta keengganan untuk berbincang apatah memberi penjelasan dengan cara yang berhemah kepada ahli/penyokong serta kepimpinan yang lain amat dibenci.

Beliau lebih gemar mendengar pandangan dan saranan oleh rakan2 beliau dari kalangan pesara-pesara KCS atau pentadbir awam serta kenalan2 sepengajian diMaktab Mahmud yang merupakan ahli/penyokong UMNO/BN malah juga daripada bekas pemimpin UMNO diperingkat negeri dan nasional.


Sikap beliau yang pesimis serta menidakkan kemampuan dan kebolehan serta kelayakan ahli2 dan kepimpinan PAS/PR merupakan 'time bomb' kepada kepimpinan beliau. Dengan mengutamakan KCS dan pegawai2 tadbir awam yang sebahagian besarnya dulu memusuhi PAS/PR malah melakukan sabotaj dan menghendik ahli/penyokong atau pimpinan PAS/PR yang menyalurkan maklumat umpama tindakan memapatkan 'belerang'.


Keegoaan beliau dan sikap diktator yang diamalkan membuat beliau enak dan leka dibuai pujian dan sanjungan. Sesiapa saja yang cuba menasihati dan berbeza pandangan akan disergah dan dimalukan. Sebarang teguran apatah lagi sanggahan terhadap keputusan dan tindakan beliau akan dimusuhi dengan serangan yang bertali arus sehingga tunduk dan patuh.Natijahnya, Exco, pegawai2 dan pembantu beliau hanya akan menyampaikan perkara yang menyenangkan sahaja dan berdiam diri biarpun keputusan atau tindakannya kurang tepat dan tersasar.


Konsep parti menguasai kerajaan tidak diamalkan dalam kepimpinan beliau amat merimaskan kepimpinan dan ahli PAS/PR. Ketidakpuasan hati yang membara telah bertukar menjadi nyalaan api kemarahan, walau pun mampu dibendung diperingkat awalnya oleh akhlak dan walak kepada kepimpinan dan parti telah semakin terhakis. Api kemarahan semakin marak dan menjulang, kini menjadi 'igauan ngeri' dalam lena indahnya malah akan meranapkan 'katil emas bertilam sutera' yang menyenyakkan tidurnya  sebelum sempat fajar menyinsing.

Agak terlewat untuk beliau melakukan sesuatu bagi merubah keadaan, sifat pejuangan tidak berlari-lari, melangkah dan terus melangkah namun mengundur tidak sekali-kali. Jika pun berpeluang, terlalu berat dan sukar beliau rungkaikan, memandangkan kekusutan tindakan2 beliau sudah bersulam punca