Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Saturday, May 26, 2012

Fikir-fikirkan lah...

Harus ada daya pengikut yang baik.
CIKGU SIDEK BABA
24 Mei 2012(Sinar Harian)

Pemimpin lazimnya mempunyai pengikut. Pengikut terbina watak dan ketaatannya atas asas selagi kepimpinan itu benar dan memiliki integriti.

Konsep taat sifatnya tidak melulu atau tidak bersyarat. Kepatuhan dan ketaatan hanya menjadi suatu kenyataan sekiranya daya kepimpinan ketua menjadi sumber teladan dan ikutan.

Daya kepimpinan Rasulullah SAW sering menjadikan dirinya contoh dalam apa perkara pun.

 Ia menyebabkan para sahabat memiliki sifat taat yang tinggi. Saidina Abu Bakar umpamanya mempunyai darjah kepatuhan yang tinggi terhadap Rasulullah dan tidak hairanlah pengganti Rasulullah ialah Abu Bakar.

Abu Bakar memiliki kualiti orang yang benar lagi membenarkan.

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj dibenarkan oleh Abu Bakar terhadap pengalaman Baginda itu. Rakan hijrah al Rasul dari Mekah ke Madinah juga Abu Bakar.

Ia amat signifikan untuk diteliti bahawa ketaatan dalam kepimpinan dan kepengikutan berasaskan kebenaran. Sekiranya pemimpin tidak lagi memperjuangkan kebenaran atau hak ia tidak wajar ditaati.

Kepengikutan yang baik adalah suatu amanah. Di samping ia memiliki asas sami’ na wa atakna - patuh dan taat pengikut juga harus mempunyai ilmu dan maklumat dan daya penilaian yang baik supaya kepatuhan terhadap pemimpin tidak berlaku secara melulu.

Sekiranya pemimpin  memperjuangkan kemungkaran ia tidak wajar dipatuhi. Kepengikutan yang baik adalah pengikut yang peka terhadap senario dan perkembangan.
Kepimpinan Islam adalah kepimpinan yang memiliki wibawa memahami idealisme dan realiti serta harus bijak memberikan keseimbangan supaya cita-cita besar Islam dapat dilaksanakan dengan bijaksana.

Kepimpinan bijaksana sentiasa menekankan kepentingan ukhuwah sesama warga umat. Kalau ada perbezaan pendapat dan pendirian ia diselesaikan dalam suasana mahabbah dan berlapang dada.

Tradisi muzakarah sentiasa menjadi landasan penyelesaian masalah. Rasa dendam kesumat dan kebencian tidak dijadikan pedoman yang kekal.

Maslahah membangunkan umat menjadi sesuatu yang amat penting.

Pengikut yang baik adalah pengikut yang bijak mengimbangi tindak tanduk pemimpin. Pengikut mempunyai hak untuk memberi teguran dan pandangan dengan adab kepada pemimpin mengikut saluran yang betul.

Sistem syura dalam tradisi Islam mengambil kira pandangan yang terbaik dan bijaksana tidak saja sesama warga pemimpin, tetapi juga harus peka dengan pandangan pengikut.

Kepengikutan harus menjadi check and balance atau tenaga pengimbang terhadap daya kepimpinan.


Daya kepimpinan yang baik, terbuka dan cenderung melakukan kemakrufan harus dibantu dengan rasa taat yang tinggi dan pengorbanan seimbang.

Kepimpinan yang ingin melakukan monopoli dalam membuat keputusan dan tindakan bakal membawa jamaah atau organisasi kepada konflik.

Apalagi kepimpinan sesuatu jamaah yang mendidik pengikutnya menjadi taksub, tidak terbuka terhadap  perbezaan dan buruk sangka terhadap yang lain boleh menyebabkan sikap permusuhan dan kebencian yang panjang terjadi.

Ia bakal merugikan kepentingan umat secara keseluruhan. Sebab itu para pengikut yang baik harus waspada dengan gelagat pemimpin.

Pemimpin patut disokong ialah yang berjiwa besar untuk menyatukan umat dan sentiasa bijaksana membaca senario dan sentiasa meletakkan asas ukhuwah dan maslahah sebagai pertimbangan terbaik.

Pendekatan emosional dengan retorik berapi-rapi dan bahasa gelar yang memedihkan bukanlah jawapan terbaik dalam dakwah dan tarbiah.

Keupayaan melakukan  kebijaksanaan dengan memahami mad’u atau sasaran, kebaikan pekerti yang dimiliki untuk dijadikan teladan dan kehebatan berhujah serta mampu memberi keyakinan terhadap sasaran adalah jalan terbaik bagaimana cetusan
kesedaran boleh terjadi (Surah An Nahl ayat 125).

Amat penting pemimpin dan pengikut memiliki suatu simbiosis dan bersifat saling melengkapi. Pemimpin membuat keputusan dan tindakan yang terbaik.

Pengikut wajib patuh dengannya, cara begini akan membawa kebaikan kepada jamaah, organisasi dan juga kepentingan ummah.

Tetapi apabila didapati kepimpinan melakukan penyimpangan, gelagat dan keputusan yang diambil boleh membawa jamaah dan umat dalam keadaan krisis, maka pengikut harus bersedia tampil memperbetulkan keadaan supaya maslahah umat dijadikan perkara utama.

Wednesday, May 23, 2012

Muhasabah Hati.

Suatu hari seorang ibu sedang menyusukan anaknya yang masih bayi.

Kemudian lalu seorang lelaki menunggang seekor kuda.Dia seorang yang gagah dan tampan serta memakai pakaian yang cantik.

Apabila lelaki tersebut lalu,Ibu itu pun berdoa ,  
"Ya Allah, jadikanlah anakku seperti lelaki ini."

Anaknya tiba-tiba berhenti menyusu sambil melihat lelaki itu dan berkat,  
"Ya Allah jangan jadikan diriku seperti lelaki itu."
Kemudian anak itu kembali menyusu.

Selepas itu lalu pula seorang hamba perempuan. Orang ramai memukul dan berteriak kepadanya, 
" Kamu pelacur!, Kamu pencuri! Hamba itu hanya mengucapkan, "Cukuplah Allah sebagai pelindungku."

Ibu yang menyusu anak tadi tidak tahu mengapa hamba itu dipukul.Namun dia telah berdoa, 
"Ya Allah, jangan jadikan anakku seperti hamba perempuan itu."

Sekali lagi anaknya berhenti menyusu dan memandang kepada hamba itu sambil berkata,  
"Ya Allah, jadikan diriku seperti hamba perempuan itu."

Ibunya terkejut mendengar kata-kata anaknya itu,  dia merasa hairan dan meminta penjelasan dari anaknya mengapa dia berkata begitu.

Anaknya menjawab "Lelaki itu adalah seorang yang angkuh, sombong dan bongkak.Sebab itulah saya berkata Ya Allah, jangan jadikan diriku seperti dia.Sedangkan hamba perempuan yang dituduh melacur dan mencuri itu sebenarnya itu adalah dusta belaka. Itulah sebabnya aku berkata, Ya Allah jadikan diriku sepertinya.

Anak ini telah mengeluarkan ibunya bahawa seseorang itu tidak dapat dinilai melalui lahirnya sahaja.Sebab sesuatu perkara itu ada yang tersirat, yang tidak dapat diketahui oleh pandangan  biasa.

Sunday, May 20, 2012

Ikhlas Menasihati Pemerintah.

Al-Hasan al-Basri seorang ulama yang 'alim dan zuhud namun beliau tidak bersikap pejam mata terhadap suasana politik yang berlaku dalam negaranya. Beliau ikhlas menasihati pemerintah.

Pada suatu hari, Umar bin Hubayrah datang kepada beliau untuk meminta buah fikiran. Ini berlaku apabila Khalifah Yazid bin Abd Malik memerintahkan suatu perkara yang Umar bin Hubayrah sendiri tidak bersetuju mengenai perkara tersebut.

Lalu al-Hasan memberikan nasihat:

"Wahai Ibn Hubayrah! Takutlah kepada Allah dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid. Janganlah kamu takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah Allah."

Umar bin Hubayrah teruja.Dia terus memberi perhatian dan fokus terhadap kata-kata al-Hasan.

Al-Hasan berkata lagi:

"Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemarahan Yazid, sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemurkaan Allah."

Umar bin Hubayrah tertunduk.

Al-Hasan menyambung bicara:

"Wahai Ibn Hubayrah! Tidak lama lagi malaikat yang sangat bengis dan tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu. Ia akan memindahkan kamu dari katil kamu.Ia akan memindahkan kamu dari istana kamu yang sangat luas  ini ke kubur kamu yang sangat sempit.Disana, kamu tidak akan bertemu dengan Yazid sebaliknya kamu akan bertemu dengan amalan perbuatan kamu yang melanggar perintah Tuhan Yazid."

Umar bin Hubayrah menjadi gerun.

Sambung al-Hasan:

"Wahai Ibn Hubayrah! Sekiranya kamu tetap bersama-sama dengan Allah dan sentiasa berada dalam keadaaan melakukan ketaatan kepada-Nya, kamu akan terselamat daripada malapetaka Yazid bin Abd Malik didunia dan di akhirat kelak.Tetapi , sekiranya kamau sentiasa bersama-sama dengan Yazid didalam melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., Allah akan menyerrahkan kamu kepada Yazid. Ketahuilah wahai Ibn Hubayrah,sesungguhnya kita tidak boleh mentaatiperintah makhluk dalamperkara yang melanggar perintah Allah."

Mendengar kata-kata tersebut, Ibn Hubayrah terus menangis sehingga airmatanya membasahi janggutnya.

Saturday, May 19, 2012

Muhasabah Amilin.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan dihadapan Allah swt lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah swt bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Orang itu menjawab:"Aku berjuang dijalan Mu hingga terbunuh."

Allah swt berfirman: " Engkau berdusta!, Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya sebegitu.Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan kedalam neraka.

Allah swt lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran.
Orang ini dihadirkan dihadapan Allah swt lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah swt bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab; " Aku mempelajari ilmu lalun mengajarkannya dan membaca al-Quran."

Allah swt berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)."

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya sebegitu.Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan kedalam neraka.

Allah swt lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah.
Orang ini dihadirkan dihadapan Allah swt lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya.Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah swt bertanya: " Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab:" Aku membelanjakannyaditempat-tempat yang engkau kehendaki."

Allah swt berfirman: " Engkau berdusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya sebegitu.Orang itu lalu diseret diatas wajahnya, kemudian dicampakkan kedalam neraka.


( Riwayat Muslim )


Sunday, May 13, 2012

Golongan Yang Layak Dibantu.


Andai kata umat ini layak dan cukup syarat untuk mendapat bantuan Allah, maka Allah telah berjanji didalam al-Quran yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi ini kepada hambaKu yang soleh.”

                                          (Imam Bukhari)

Apabila manusia sudah tidak bernyawa maka ia dipanggil mayat, iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsi. Malah, dalam waktu yang singkat jasad itu akan reput dan mengalami pembusukan hingga akhirnya hancur.

Demikian juga umat Islam yang terpisah dari segi kerohanian dan alam ghaib, sama seperti jasad yang tiada roh. Umat Islam tanpa alam kerohanian ini, hanya tinggal salut luar sahaja tetapi isinya sudah tiada.

Roh ajaran Islam berkait rapat dengan keimanan, ketaqwaan, alam kerohanian, alam ghaib dan karamah.

Semua ini dapat diibaratkan seperti enjin kereta. Tanpa enjin, sesebuah kereta hanya tinggal rangka yang tidak berfungsi. Andai kata badan kereta itu berkilau, kerusinya empuk, dilengkapi dengan aksesori canggih, kereta tersebut tidak akan ke mana-mana.

Lebih bagus kereta lembu yang berfungsi daripada kereta tidak berenjin.”

Begitulah nasib malang yang menimpa umat Islam. Bantuan ghaib, keberkatan dan karamah sudah tersisih dan dianggap begitu asing dari kehidupan dan perjuangan. Wali dan karamah dianggap dongeng dan sesat.

Umat Islam takut kepada kewalian dan karamah seperti menghindari penyakit menular. Sesuatu yang berlaku secara ajaib tidak dapat diterima dengan alasan tidak logik sedangkan mukjizat para Rasul semuanya adalah perkara yang bersalahan dengan adat dan kebiasaan.

Memang hal itu di luar logik dan pencapaian akal manusia. Di situlah Allah memperlihatkan kekuasaanNya yang mutlak agar manusia takut, gentar dan merasa betapa kerdilnya seluruh makhluk yang segala-galanya tertakluk didalam kekuasaan Allah dan didalam genggamanNya.
Sepanyol pernah berada dibawah tadbir Islam. Islam di Sepanyol hancur dibasmi habis-habisan sehingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan Islam disana.

Kemusnahan dan kehinaan ini bukan dari lemahnya pentadbiran, tentera, kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi. Tetapi disebabkan kelemahan iman, rendah taqwa, runtuh akhlak, roboh perpaduan dan lenyapnya kasih sayang.

Pautan hati dengan Allah terlalu lemah. Ikatan syariat Islam terlalu longgar. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Mazmumah sangat subur didalam diri. Masing-masing meburu kepentingan yang melampau.

Jiwa menjadi kerdil kerana cita-cita akhirat menjadi semakin lemah.

Akal menjadi tumpul kerana tertumpu kepada aspek kepentingan diri dan keluarga. Semangat perjuangan luntur kerana terpedaya dengan kelazatan dunia dan kerakusan nafsu.

Situasi ini menjadikan mereka terpisah dari persoalan rohani. Mereka terhijab dari bantuan Allah. Mereka tersisih dan terputus dari pemerintahan ghaib. Mereka bergantung hanya kepada kekuatan zahir.

Akibatnya, Allah berlepas tangan. Allah tidak memandang mereka dengan pandangan rahmat. Lebih dahsyat lagi, Allah murka dan menimpakan berbagai kehinaan.

Begitu juga yang pernah berlaku di Baghdad yang ketika itu dikenali sebagai ‘Bandar Ilmu’. Di saat itu Baghdad berada dipuncak kegemilangan ilmu pengetahuan. Umat Islam terlalu asyik dengan ilmu dan menimbun harta benda.

Keasyikan itu menyebabkan mereka lalai dari membesar dan mengagungkan Allah. Mereka semakin jauh dari Allah. Persoalan rohani terus terpinggir. Akhirnya hancur lumat kota Baghdad.

Timbunan kitab dijadikan unggun api dan sebahagiannya dijadikan landasan untuk kuda menyeberangi sungai.

Umat yang asyik , tenggelam dalam kekaguman kitab-kitab serta ilmu pengetahuan itu rupanya berjiwa kerdil dan penakut. Mereka sedikit pun tidak mampu melawan satu bangsa yang tidak pernah mengenali tamadun iaitu Monggol.

Hikmah di sebalik keruntuhan Baghdad ialah, Allah memperlihatkan betapa golongan yang sedikit, terbukti menang dengan bantuan Allah. Kerajaan langit atau pemerintahan ghaib berperanan memenangkan golongan yang sedikit tapi benar-benar beriman dan bertaqwa.

Ia juga memperlihatkan bahawa di dalam apa jua situasi, umat Islam tetap akan menang dan berjaya asalkan memiliki syarat untuk mendapat pertolonganNya.

Allah memperlihatkan kekuasaanNya mengatasi setiap sesuatu dan apabila Allah sudi membela ’orang-orangNya’.

Maka ditengah-tengah keruntuhan dan kehancuran Baghdad itu bangkit satu kelompok yang sangat kecil bilangannya tetapi berkualiti dan perkasa. Kelompok kecil ini bangun dengan kekuatan iman dan taqwa, diiringi dan dinaungi oleh pertolongan Allah.

Mereka bukan sahaja tidak terpengaruh sedikit pun oleh keganasan Monggol, bahkan Allah melindungi mereka. Mereka juga tidak disentuh oleh kemusnahan Baghdad, dan dengan bantuan Allah, mereka dapat menakluk bangsa Monggol.

Bukan dengan kekuatan senjata atau ketenteraan tetapi mereka menewaskan Monggol melalui keperibadian yang mulia, akhlak yang luhur dan mempersona, dakwah dan didikan yang berkesan.

Hasilnya, terjadi dalam sejarah, satu-satunya bangsa penjajah yang menyerah dan menuruti agama, cara hidup dan kebudayaan anak jajahan. Bukankah ini satu keanehan dan diluar kebiasaan manusia.

Kublai Khan sebaliknya menebus kembali kesilapan dengan menjadi pejuang Islam berserta anaknya hingga Islam berkembang ke Asia Selatan.


Wallahu’alam.

Ribut Dalam Cawan PAS Kedah: Milo atau Kopi.


Kehadiran lembaran ini di khalayak pasti mengundang persepsi yang cenderung menyatakan tindakan penulis hanya cuba untuk menimbuk keladak diperut ‘cawan’ yang akan kembali mengeruhkan air.

Minta maaf la..

Ya, itu jawapan dari penulis, kerana penulis melihat yang berkocak didalam cawan adalah air ‘milo’ bukannya ‘kopi’ yang mungkin dilihat oleh beberapa pasang mata yang lain.

Rasanya tak perlu untuk penulis menerangkan akan berapa ketaranya perbezaan antara air ‘milo’ dan ‘kopi’ secara kondusi. Bagi penulis kedua-dua air itu sedap dan menjadi ’favourite’, namun hanya dari segi kesesuaiaan menikmatinya ujud perbezaan pada ketika dan acara, biasanya bergantung keperluan mengikut persekitaran dan citarasa semasa. ’Milo’ menjadi pilihan dikala sedang aktif manakala ’kopi’ lebih ditagihi tatkala ingin bersantai.

Kelazimannya, ’Milo’ dikaitkan dengan ’gerak aktif’ yang mengarah kepada sesuatu penambah-baikan atau pencapaian. ’Kopi’ pula lebih sinonim dengan ’aksi santai’ yang bercorak damai atau statik. Secara umum kedua-duanya mempunyai satu persamaan iaitu ’susah lena’ selepas dinikmati.

Apa yang penting kedua-dua minuman harus dihirup dengan kaedah yang sedikit berbeza seperti mana kelazimannya, ’Milo’ memerlukan sudu sentiasa didalam cawan berbanding ’kopi’. Kenikmatan menghirup ’Milo’ lebih enak sekiranya sering di’kacau’.

Dan yang paling utama ialah selain kenikmatan samada ’Milo’ atau ’Kopi’ yang dihirup menepati citarasa, semestinya ransangan dan kesan ’kondusi nutrisi’ perlu jelas terhasil dan dimanfaati sebagaimana yang dihajati. Dengan izin Allah SWT.

Begitu-lah ’metafora’ (penulis pelajari istilah ini daripada seorang sahabat) ”Ribut didalam cawan” pada tafsiran kudus penulis.