Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Sunday, May 20, 2012

Ikhlas Menasihati Pemerintah.

Al-Hasan al-Basri seorang ulama yang 'alim dan zuhud namun beliau tidak bersikap pejam mata terhadap suasana politik yang berlaku dalam negaranya. Beliau ikhlas menasihati pemerintah.

Pada suatu hari, Umar bin Hubayrah datang kepada beliau untuk meminta buah fikiran. Ini berlaku apabila Khalifah Yazid bin Abd Malik memerintahkan suatu perkara yang Umar bin Hubayrah sendiri tidak bersetuju mengenai perkara tersebut.

Lalu al-Hasan memberikan nasihat:

"Wahai Ibn Hubayrah! Takutlah kepada Allah dalam melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Yazid. Janganlah kamu takut kepada Yazid dalam melaksanakan perintah Allah."

Umar bin Hubayrah teruja.Dia terus memberi perhatian dan fokus terhadap kata-kata al-Hasan.

Al-Hasan berkata lagi:

"Ketahuilah bahawa Allah s.w.t. berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemarahan Yazid, sedangkan Yazid tidak berkuasa untuk melindungi kamu daripada kemurkaan Allah."

Umar bin Hubayrah tertunduk.

Al-Hasan menyambung bicara:

"Wahai Ibn Hubayrah! Tidak lama lagi malaikat yang sangat bengis dan tidak pernah melanggar perintah Allah akan datang kepada kamu. Ia akan memindahkan kamu dari katil kamu.Ia akan memindahkan kamu dari istana kamu yang sangat luas  ini ke kubur kamu yang sangat sempit.Disana, kamu tidak akan bertemu dengan Yazid sebaliknya kamu akan bertemu dengan amalan perbuatan kamu yang melanggar perintah Tuhan Yazid."

Umar bin Hubayrah menjadi gerun.

Sambung al-Hasan:

"Wahai Ibn Hubayrah! Sekiranya kamu tetap bersama-sama dengan Allah dan sentiasa berada dalam keadaaan melakukan ketaatan kepada-Nya, kamu akan terselamat daripada malapetaka Yazid bin Abd Malik didunia dan di akhirat kelak.Tetapi , sekiranya kamau sentiasa bersama-sama dengan Yazid didalam melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., Allah akan menyerrahkan kamu kepada Yazid. Ketahuilah wahai Ibn Hubayrah,sesungguhnya kita tidak boleh mentaatiperintah makhluk dalamperkara yang melanggar perintah Allah."

Mendengar kata-kata tersebut, Ibn Hubayrah terus menangis sehingga airmatanya membasahi janggutnya.

No comments: