“Andai
kata umat ini layak dan cukup syarat untuk mendapat bantuan Allah,
maka Allah telah berjanji didalam al-Quran yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah akan mewariskan bumi ini kepada hambaKu yang
soleh.”
(Imam
Bukhari)
Apabila
manusia sudah tidak bernyawa maka ia dipanggil mayat, iaitu jasad
yang sudah kehilangan fungsi. Malah, dalam waktu yang singkat jasad
itu akan reput dan mengalami pembusukan hingga akhirnya hancur.
Demikian
juga umat Islam yang terpisah dari segi kerohanian dan alam ghaib,
sama seperti jasad yang tiada roh. Umat Islam
tanpa alam kerohanian ini, hanya tinggal salut luar sahaja tetapi
isinya sudah tiada.
Roh
ajaran Islam berkait rapat
dengan keimanan, ketaqwaan, alam kerohanian, alam ghaib dan karamah.
Semua
ini dapat diibaratkan seperti enjin kereta. Tanpa enjin, sesebuah
kereta hanya tinggal rangka yang tidak berfungsi. Andai kata badan
kereta itu berkilau, kerusinya empuk, dilengkapi dengan aksesori
canggih, kereta tersebut tidak akan ke mana-mana.
” Lebih
bagus kereta lembu yang berfungsi daripada kereta tidak berenjin.”
Begitulah
nasib malang yang menimpa umat Islam. Bantuan ghaib, keberkatan dan
karamah sudah tersisih dan dianggap begitu asing dari kehidupan dan
perjuangan. Wali dan karamah dianggap dongeng dan sesat.
Umat
Islam takut kepada kewalian dan karamah seperti
menghindari penyakit menular. Sesuatu yang berlaku secara ajaib tidak
dapat diterima dengan alasan tidak logik sedangkan mukjizat para
Rasul semuanya adalah perkara yang bersalahan dengan adat dan
kebiasaan.
Memang
hal itu di luar logik dan pencapaian akal manusia. Di situlah Allah
memperlihatkan kekuasaanNya yang mutlak agar manusia takut, gentar
dan merasa betapa kerdilnya seluruh makhluk yang segala-galanya
tertakluk didalam kekuasaan Allah dan didalam genggamanNya.
Sepanyol
pernah berada dibawah tadbir Islam. Islam di Sepanyol hancur dibasmi
habis-habisan sehingga seolah-olah tidak pernah tegak kerajaan Islam
disana.
Kemusnahan
dan kehinaan ini bukan dari lemahnya pentadbiran, tentera, kemajuan,
ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi. Tetapi disebabkan kelemahan
iman, rendah taqwa, runtuh akhlak, roboh perpaduan dan lenyapnya
kasih sayang.
Pautan
hati dengan Allah terlalu lemah.
Ikatan syariat Islam terlalu longgar. Kemungkaran dan
kezaliman berleluasa. Mazmumah sangat subur didalam diri.
Masing-masing meburu kepentingan yang melampau.
Jiwa
menjadi kerdil kerana cita-cita akhirat menjadi semakin lemah.
Akal
menjadi tumpul kerana tertumpu kepada aspek kepentingan diri dan
keluarga. Semangat perjuangan luntur kerana terpedaya dengan
kelazatan dunia dan kerakusan nafsu.
Situasi
ini menjadikan mereka terpisah dari persoalan rohani. Mereka terhijab
dari bantuan Allah. Mereka tersisih dan terputus dari pemerintahan
ghaib. Mereka bergantung hanya kepada kekuatan zahir.
Akibatnya,
Allah berlepas tangan. Allah tidak memandang mereka dengan pandangan
rahmat. Lebih dahsyat lagi, Allah murka dan menimpakan berbagai
kehinaan.
Begitu
juga yang pernah berlaku di Baghdad yang ketika itu dikenali sebagai
‘Bandar Ilmu’. Di saat itu Baghdad berada dipuncak kegemilangan
ilmu pengetahuan. Umat Islam terlalu asyik dengan ilmu dan menimbun
harta benda.
Keasyikan
itu menyebabkan mereka lalai
dari membesar dan mengagungkan Allah. Mereka semakin jauh dari Allah.
Persoalan rohani terus terpinggir. Akhirnya hancur lumat kota
Baghdad.
Timbunan
kitab dijadikan unggun api dan sebahagiannya dijadikan landasan untuk
kuda menyeberangi sungai.
Umat
yang asyik , tenggelam dalam kekaguman kitab-kitab serta ilmu
pengetahuan itu rupanya berjiwa kerdil dan penakut. Mereka sedikit
pun tidak mampu melawan satu bangsa yang tidak pernah mengenali
tamadun iaitu Monggol.
Hikmah
di sebalik keruntuhan Baghdad ialah, Allah memperlihatkan betapa
golongan yang sedikit, terbukti menang dengan bantuan Allah. Kerajaan
langit atau pemerintahan ghaib berperanan memenangkan golongan yang
sedikit tapi benar-benar beriman dan bertaqwa.
Ia
juga memperlihatkan bahawa di dalam apa jua situasi, umat Islam tetap
akan menang dan berjaya asalkan memiliki syarat untuk mendapat
pertolonganNya.
Allah
memperlihatkan kekuasaanNya mengatasi setiap sesuatu dan apabila
Allah sudi membela ’orang-orangNya’.
Maka
ditengah-tengah keruntuhan
dan kehancuran Baghdad itu bangkit satu kelompok yang sangat kecil
bilangannya tetapi berkualiti dan perkasa.
Kelompok kecil ini bangun dengan
kekuatan iman dan taqwa, diiringi dan dinaungi oleh pertolongan
Allah.
Mereka
bukan sahaja tidak terpengaruh sedikit pun oleh keganasan Monggol,
bahkan Allah melindungi mereka. Mereka juga tidak disentuh oleh
kemusnahan Baghdad, dan dengan bantuan Allah, mereka dapat menakluk
bangsa Monggol.
Bukan
dengan kekuatan senjata atau ketenteraan tetapi mereka menewaskan
Monggol melalui keperibadian yang mulia, akhlak yang luhur dan
mempersona, dakwah dan didikan yang berkesan.
Hasilnya,
terjadi dalam sejarah, satu-satunya bangsa penjajah yang menyerah dan
menuruti agama, cara hidup dan kebudayaan anak jajahan.
Bukankah ini satu keanehan dan diluar kebiasaan manusia.
Kublai
Khan sebaliknya menebus kembali kesilapan dengan menjadi pejuang
Islam berserta anaknya hingga Islam berkembang ke Asia Selatan.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment