QARIAH TIDAK DIBENARKAN MENYERTAI MUSABAQAH.
ARTIS WANITA TIDAK DIHALANG MELAKUKAN PERSEMBAHAN TERBUKA.
( SINAR HARIAN EDISI UTARA )
( 25 FEB. 2011 - JUMAAT - U2 )
Pemerhatiannya Tajam,Tinjauan Meluas,Pantas Menerjah dan Tangkas Mencengkam. Tersendiri namun tidak Terasing. Si Ular pembelit dan Sang Tikus perosak paruh dibenam.
Al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h ialah seorang tokoh ilmu dan dakwah dari Benua India. Terkenal sebagai seorang zuhud dan bersungguh dalam dakwahnya. Semasa hayatnya dia pernah berikan nasihat kepada al-Ikhwan al-Muslimin tentang dakwah. Katanya: “Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia!
Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya..Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. 
Suatu hari, Bahlul masuk ke pej MB Kdh, dia tengok bangku MB kosong,terus dia duduk. (sebgi ingatan, menjd kesalahan besaq dok ataih bngku MB apa lg nk mimpi ganti MB). Bila puak2 MB nmpk(Pk Chop n the geng) pa lg, siap kena penampaq,penumbok, sepak teqhajang,lengkap. Bahlul teqheyiak sakan la. MB masuk, dia jerkah, hang sapa? mai buat pa? Sambil menahan sakit Bahlul bgtau , dia nk bg nasihat kt MB.. degaq tu ka, hangin satu bdn la MB, Nasihat? Hoi budak kayiaq, hang sapa? Sapa hang nak ajaq aku..? Aku MB hang tau dak, dulu pensyarah.. aku tau semua, hang apa tau!!!!!.....
Bahlul x peduli, dia terus cakap, “Wahai Raja, aku cuma duduk di tahtamu sekali tapi mereka telah memukuliku dengan begitu keras. Apalagi kau, kau telah menduduki tahtamu selama dua puluh tahun. Pukulan seperti apa yang akan kau terima? Aku menangis bkn kerna sakit di pukul, tapi karena memikirkan nasibmu yang malang…
“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)
“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa.

“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Allah berfirman: (maksudnya)
Firman Allah: (maksudnya)“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
“Hendak dipastikan orang yang terbaik bagi setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)