Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ".
(Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”
(Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'"
( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Saturday, August 20, 2011

Jejak Bertapak.

 


InsyAllah, Sang Helang akan kembali terbang tinggi setelah sekian lama bertafakur. Menyisip bebulu dada sambil mengasah paruh dan mencuci kekuku kaki agar makin mencengkam, untuk terus memburu petualang2  pejuangan nan suci demi menjejak syahid impian muktaqin.


Ya Allahu Robbi..kabulkan hajat hamba Mu yang telah banyak berdosa kepada Mu, ini sahaja upaya tersisa untuk menagih keampunan dan terlalu mengharapkan limpahan rahmat Mu agar diri terhindar sambaran api neraka Mu.


Sesungguhnya, tidak layak untuk mendampingi syurga Mu, jauh sekali menjejakinya melainkan dengan ihsan Mu. Namun diri juga tidak sanggup serta tiada upaya untuk menanggung keperitan dan pedih bahang neraka Mu, bersujud mohon diampuni dan di jauhi dengan kebesaran dan keagungan limpahan rahmat serta hidayah Mu Ya Allahu Robbi.
Billy The Kid.


2 comments:

Anonymous said...

laa..senyap gak hang. Ajijan beli kat hang merc baru plak kaa

Anonymous said...

tih..tih..tih..hang buat keja apa lani mat oi?