InsyAllah, Sang Helang akan kembali terbang tinggi setelah sekian lama bertafakur. Menyisip bebulu dada sambil mengasah paruh dan mencuci kekuku kaki agar makin mencengkam, untuk terus memburu petualang2 pejuangan nan suci demi menjejak syahid impian muktaqin.
Ya Allahu Robbi..kabulkan hajat hamba Mu yang telah banyak berdosa kepada Mu, ini sahaja upaya tersisa untuk menagih keampunan dan terlalu mengharapkan limpahan rahmat Mu agar diri terhindar sambaran api neraka Mu.
Sesungguhnya, tidak layak untuk mendampingi syurga Mu, jauh sekali menjejakinya melainkan dengan ihsan Mu. Namun diri juga tidak sanggup serta tiada upaya untuk menanggung keperitan dan pedih bahang neraka Mu, bersujud mohon diampuni dan di jauhi dengan kebesaran dan keagungan limpahan rahmat serta hidayah Mu Ya Allahu Robbi.
Billy The Kid. |
2 comments:
laa..senyap gak hang. Ajijan beli kat hang merc baru plak kaa
tih..tih..tih..hang buat keja apa lani mat oi?
Post a Comment