
Terbaru, cubaan untuk memecat Pengurus Besar Bina Kuari Sdn. Bhd., Tuan Haji Syed Yusoff. Namun cubaan itu tidak berjaya. Khabarnya, bahawa kesemua Ahli Lembaga Pengarah telah mencapai kata sepakat, tetapi terpaksa menarik balik hasrat setelah diberi kata dua oleh Tuan Haji Syed Yusoff sekiranya beliau dipecat tanpa alasan yang kukuh atau berniat jahat (malafide), beliau akan mendedahkan kepincangan - kepincangan yang dlakukan oleh Dato Jahubar Shatik khususnya di Bina kuari dan BDB amnya.

Bagi tujuan menutup mulut Tuan Syed Yusoff telah ditawar kontrak selama dua (2) tahun sebagai Pengurus Besar Bina Kuari Sdn. Bhd. (BINAK). Perkembangan ini merupakan sesuatu yang sangat janggal, mengapa tindakan yang jelas menyalahi amalan dan etika pengurusan perniagaan dan korporat dibiarkan berlaku didalam GLC negeri Kedah.


Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh YB Senator Yusuf Husin JP, SDK, begitu mudah dipengaruhi didalam membuat keputusan yang penting. Senario ini boleh ditafsirkan samada, kelayakan dan tahap pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah yang lemah atau wujudnya amalan yang tidak sihat.


Apakah kepincangan - kepincangan yang telah dilakukan oleh Dato Jahubar Sathik sehingga terpaksa menawar semula kontrak selama dua (2) tahun. Wajarkah, dibiarkan terus berlaku dan dilindungi.?